Jumaat, 12 April 2019

WANITA USIA DISARAN PELBAGAI PROGRAM KEMASYARAKATAN


Jamawi turut memotong jambul salah seorang kanak kanak yang menyertai program tersebut

TENOM: Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) disarankan agar mempelbagai program kemasyarakatan bagi merapatkan lagi hubungan antara pertubuhan dan masyarakat luar.

Ketua Belia (USIA) Sabah Jamawi Jaafar berkata walaupun dakwah merupakan fokas utama dalam kegiatan (USIA) namun melalui pelbagai program kemasyarakatan dan kebajikan dakwah dapat diselitkan kepada umat Islam khususnya saudara baru.

" Apabila kita (Wanita Usia) dapat mempelbagaikan kegiatan masyarakat luar akan mengenali Usia lebih dekat dan setiap program yang dijalankan menjadi wadah untuk memperkukuhkan silatulrahim bukan sahaja di kalangan umat Islam namun melibatkan masyarakat lain" katanya ketika berucap merasmikan majlis Tahlik dan Cukur Jambul anjuran Wanita Usia bahagian Tenom di Dewan Kuliah masjid Ar Rahman Tenom pagi kemarin.

Jamawi menerima cendra kenangan dari Ketua Wanita Usia bahagian Tenom Hajah Aini Abdullah selepas merasmikan program tersebut.

Hadir sama Ketua Usia bahagian Tenom Piduman Haji Abdul Majid,Ketua Wanita Usia bahagian Tenom hajah Aini Abdullah , Penolong Setiausaha Belia Usia Imam Mohd Taslim Haji Tahir dan Pengerusi Masjid Ar Rahman Suraimi Magi

Jamawi bersalaman dengan umat Islam setempat sejurus tiba untuk merasmikan program tersebut.

Menurut Jamawi yang juga wakil Rakyat kawasan Kemabong selain program kemasyarakatan seperti yang dianjurkan oleh Wanita Usia bahagian Tenom program program ziarah kepada golongan susah terutamanya saudara saudara baru di kawasan luar bandar  perlu diteruskan bagi mendekati golongan ini.

" Kita faham masih ramai golongan kurang berkemampuan memerlukan perhatian dan sumbangan kita terutamanya saudara saudara baru di luar bandar dengan ada program ziarah ini ukhwah dapat dieratkan dan syiar Islam dapat dikembangkan " katanya.

Dalam pada itu Jamawi turut mengingatkan ibubapa agar mengutamakan pendidikan agama Islam kepada anak-anak mereka.

Katanya kemajuan teknologi  maklumat masa kini terlalu pentas  berlaku dan sebahagian yang disebarkan terutamanya di media sosial dan blog boleh mempengaruhi kehidupan remaja masa kini.

" Saya yakin dengan didikan agama yang sempurna kepada anak anak  sejak dari kecil lagi dapat  membentuk rohani dan pemikiran mereka kearah kebaikan dan dapat mengelak  mereka dari terjebak dengan pelbagai eleman negetif yang menjejaskan masa depan mereka" katanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan