![]() |
| Jamawi ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sempana majlis tersebut. |
KEMABONG: Golongan Belia yang berfikiran kreatif dan inovatif mampu bersaing dalam arus kemajuan perdana negara dan golongan ini berupaya membawa perubahan dari segi sosio ekonomi mereka pada masa hadapan.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata walaupun kepentingan akademik diberi penekanan, namun golongan belia kreatif tidak dilupakan kerana mereka juga turut sama menyumbang kepada pembangunan negara.
“Golongan belia yang berfikiran kreatif dan berinovasi sudah tentu mampu bersaing dan mendapat tempat terutamanya dalam bidang perniagaan" katanya ketika berucap merasmikan
Program Rakan Muda Kreatif Pedalaman Atas Keningau di dewan masyarakat kampung Rundum dekat sini kelmarin.
![]() |
| Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas menutup program tersebut |
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan bahagian Keningau dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Keningau berlangsung selama tiga hari dan disertai seramai lima puluh dua orang peserta dari seluruh pedalaman atas Keningau.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, golongan belia yang kreatif bukan sahaja lahir dari bakat semulajadi tapi ia harus digilap dengan pelbagai ilmu kemahiran yang boleh diperolehi dari pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang yang dianjurkan oleh beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Belia dan Sukan
![]() |
| Jamawi turut menyampaikan ceramah motivasi kepada para peserta sempana program tersebut |
Tambah Jamawi selain latihan latihan kemahiran kerajaan juga turut menyediakan beberapa gran bantuan dan pinjaman yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan .
" Saya sarankan agar golongan belia rebut peluang yang disediakan ini terutamanya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan " katanya
![]() |
| Para peserta ketika melakukan senaman pagi di puncak Rundum Haghilnds |
Jamawi berkata sekiranya golongan muda berminat dalam bidang perniagaan mereka perlu kreatif dan berinovatif mereka tidak boleh lagi mengikut kaedah perniagaan konvensional sekiranya mahu bersaing dengan usahawan lain.
Katanya, usahawan muda dan belia juga perlu mencari idea-idea baharu serta segar bagi memastikan perniagaan mereka bertahan lama.
“Jika kita lihat ramai yang menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Instagram selain menjalankan perniagaan trak makanan (food truck) serta kabin. Inilah ‘trend’ terbaharu yang menjadi ikutan anak muda masa kini,” katanya
Turut hadir dimajlis tersebut Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah Asmah Ajem dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang .










0 ulasan:
Catat Ulasan