![]() |
| Bung BN/UMNO Sabah bersedia menghadapi PRK Parlimen Sandakan |
SANDAKAN- Semangat serta kemenangan calon Barisan Nasional (DUN) Dato Seri Utama Mohamad Hasan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihanraya Kecil PRK baru baru ini akan dibawa oleh jentera (BN) Sabah bagi menghadapi PRK Parlimen Sandakan yang dijadualkan berlangsung 11 Mei depan.
Pengerusinya Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata jentera BN khususnya dari UMNO telah pun membentuk satu jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Datuk Yakub Khan dan Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin bagi menghadapi PRK kali ini.
" Berbakalkan semangat tiga PRK yang sudah kita (BN) hadapi semasa PRK Cameron Highlands Semenyih dan Rantau kita akan pastikan BN mencapai kejayaan di PRK Parlimen Sandakan" katanya ketika dihubungi kemarin.
Menurut Bung yang juga Pengerusi UMNO Sabah momentum sokongan rakyat kepada BN selepas tiga PRK yang dihadapi ternyata rakyat masih menyokong perjuangan BN
Bung berkata UMNO Sabah yang tidak meletakan calon pada PRK Parlimen Sandakan kali ini akan menyokong dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada calon yang bersekutu dengan BN .
" Setakat ini BN belum memutuskan siapakah calon yang akan bertanding di PRK Parlimen Sandakan, ianya akan ditentukan selepas BN Pusat mengadakan mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi BN merangkap Naib Presiden UMNO Tok Mat dalam tempoh terdekat ini " jelas Beliau .
Tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ,rakyat mula sedar sekarang kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menjadi sebuah kerajaan yang baik untuk membela rakyat sebagaimana janjis manis dalam manifesto PH yang gagal dilaksanakan.
" Isu isu ini selain isu isu pembangunan ,kos sara hidup peluang pekerjaan dan isu isu lain akan kita bangkitkan semasa berkempen nanti ,biar rakyat tahu dan jelas tentang pembohongan kerajaan PH selama ini" ujar beliau







0 ulasan:
Catat Ulasan