Jumaat, 19 April 2019

JADIKAN MUIS BADAN PENYELARAS JABATAN AGENSI DAN NGO ISLAM DI SABAH

Arifin mengucapkan tahniah kepada Aidi selepas pembentangan usul tersebut


KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Membakut Haji Mohd Arifin Arif berharap  agar kerajaan negeri  terus meletakkan Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS) sebagai penaung dan penyelaras kepada Jabatan agensi serta Ngo Islam di negeri ini

Ini termasuk juga jabatan,agensi dan NGO Islam dari pusat  seperti jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sesuai dengan kewujudan ya sebagai badan induk hal ehwal Islam di Sabah.

" Dengan ada satu badan penyelaras yang khusus, segala program dan gerakan dakwah akan dapat dilaksanakan secara lebih teratur dan kemaskini tanpa sebarang pertindihan dan  ia turut memberi kesan yang lebih mampan dan positif dalam usaha kita memperkasakan gerakan dakwah di negeri ini" katanya

Beliau berkata demikian ketika turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bagi menyokong dua Rang Undang-Undang yang dibentangkan di persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) kemarin

Antaranya Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Pindaan) 2019.

Rang Undang Undang tersebut dibentangkan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar dimana ianya mendapat sokongan dari ahli ahli Dewan dan akan
mula dikuat kuasakan pada 20 Mei ini.

Dalam pada itu Arifin juga berharap kerajaan negeri turut meminta kerajaan pusat meneruskan penglibatan wakil  dari Sabah sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM sepertimana amalan sebelum ini .

" Ini penting untuk penyelarasaan dakwah dan pengurusan YADIM di Sabah" jelas beliau.

Selaras dengan pindaan  RUU ini ,Arifin  juga melahirkan harapan kepada  kerajaan negeri agar dapat meletakkan (MUIS) sebagai pemangkin kepada pemantapan dan pelaksanaan pegangan Ahlus Sunnah Wal jamaah dlm perundangan, fatwa, pentadbiran, pendidikan, dakwah dan pengimarahan masjid.

"Akidah Ahlus Sunnah Waljamaah berlandaskan Rahmatallil Alamin, wasatiyah dan menolak unsur-unsur  ekstremise dan segala bentuk tindakan ganas dan melampau" katanya

Tambah Arifin dengan  kekalnya MUIS sebagai yang menaungi memantau dan menyelaras jabatan,agensi dan NGO Islam di negeri ini akan dapat  menguruskan system pengurusan berkualiti dalam hal ehwal Islam bagi merealisasikan penghayatan Islam sebagai Ad-Din melalui penyelidikan ,pendidikan dan penggunaan teknologi maklumat










0 ulasan:

Catat Ulasan