Selasa, 16 April 2019

PERKASAKAN PERANAN GURU KAFA JAMAWI


Jamawi (tengah) bersama guru guru KAFA Daerah Tenom yang membuat kunjungan hormat tersebut.

TENOM : Sudah tiba masanya bagi pihak  kerajaan menaik taraf status guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)  yang turut menyumbang kepada pembangunan model insan di negeri ini.

Ketua Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Sabah Jamawi Jaafar berkata selain Guru Kafa dapat diserapkan ke jawatan tetap kemudahan asas seperti klas pengajian serta kemudahan lain perlu di perkasakan

" Selain elaun serta soal jawatan tetap kemudahan asas bagi guru guru KAFA mengajar perlu disediakan termasuklah mempunyai bangunan sendiri,ini kerana pada  masa ini Jakim tidak mempunyai bangunan sendiri tetapi menggunakan premis seperti sekolah kebangsaan, masjid, surau, balai raya dan rumah kedai untuk kelas KAFA," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat guru guru KAFA Daerah Tenom yang diketuai oleh sahrizan samien di pejabat Pusat Khidmat  Adun Kemabong dekat sini baru baru ini.

Menurut Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong keputusan kerajaan Pakatan baru baru ini untuk mengkaji agar guru guru KAFA  diserapkan ke jawatan tetap amat dihargai dan dinantikan oleh guru guru kafa di seluruh negara.

" Selain soal perjawatan saya difahamkan kebajikan guru guru KAFA  juga diberikan perhatian dan pihak jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang melaksanakan kajian dan kita berharap dalam sedikit masa lagi guru guru kafa akan menerima berita gembira mengenai keputusan kajian tersebut " katanya

Dalam pada itu Jamawi berharap kemahiran guru-guru KAFA ditingkatkan dengan diberi kursus-kursus bersesuaian.

Untuk rekod  terdapat kira-kira 31,460 guru KAFA dengan seramai 973,555 murid sedang mengikuti program KAFA serta 5,609 premis KAFA di seluruh negara.

Jamawi yang juga pengerusi  kelab penyokong kerajaan berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan 'matching grant' dalam usaha meningkatkan pendapatan guru KAFA.








1 ulasan: