Selasa, 2 April 2019

KENYATAAN PRESIDAN LDP ANGKUH DAN SOMBONG.BUNG


BUNG.Kenyataan Presiden LDP Angkuh dan sombong

KOTA KINABALU: Pengerusi UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin (gambar ) menyifatkan kenyataan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah terlalu angkuh kerana memandang negetif  kesediaan UMNO Sabah berkerjasama dengan LDP sekiranya berhasrat untuk meletakan calon dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan nanti.

Katanya UMNO Sabah menghormati  dan memberi laluan kepada LDP sebagai parti yang bertanding pada PRU 14 di kawasan itu tapi tewas dengan calon DAP mandiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

" Kita  maklum (UMNO Sabah) LDP telah keluar dari gabungan Barisan Nasional  dan tidak pun menyertai gabungan Pakatan Harapan sekiranya mereka(LDP) memerlukan kerjasama dari UMNO Sabah kita bersedia membantu" katanya di sini sebagai mengulas kenyataan Presiden LDP China Si Phin yang parti itu menolak kerjasama yang UMNO Sabah hulurkan bagi menghadapi PRK Parlimen Sandakan di salah sebuah akhbar tempatan pada Isnin.

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan UMNO Sabah tidak akan meletakkan calonnya pada PRK Parlimen Sandakan kali ini kerana menghormati parti parti lain yang berada di blog pembangkang untuk bertanding pada PRK kali ini.

" Kami (UMNO) masih mempunyai ahli yang ramai di bahagian Sandakan dan tidak dinafikan boleh menjadi penyumbang kepada kemenangan kepada calon yang bertanding pada PRK kali ini" jelas Bung.

Tambah beliau UMNO Sabah akan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mana mana parti pembangkang yang bertanding dalam PRK kali yang memerlukan kerjasama UMNO kecuali LDP yang berlagak ego dan sombong" katanya.

Bagi Bung UMNO Sabah tidak bermasalah dengan penolakan kerjasama ini kerana UMNO Sabah sedia maklum kedudukan LDP di Sabah yang pada PRU ke 14 baru baru ini kesemua calon yang diletakkan oleh parti itu tewas.

0 ulasan:

Catat Ulasan