![]() |
| Jamawi bersama Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir menyemak soalan dewan sebelum dewan bersidang |
KOTA KINABALU: Golongan muda khususnya di negeri ini sudah tentu melahirkan rasa sedih dan kecewa apa bila pindaan Rang Undang Undang Perlembagaan (RUU) gagal mendapat sokongan dua pertiga dari ahli Parlimen Malaysia
![]() |
| Ruang berbincang ..Jamawi (tengah) berbincang sesuatu bersama Adun Sulaman Datuk Haji Hajiji Mohd Noor dan Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir sebelum sidang DUN bermula |
Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata sebagai mewakili golongan ini, perkara telah sekian lama diperjuangkan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi kepada Malaya
" Kita telah menunggu sekian lama untuk mengembalikan status ini bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak selaras dengan prinsip perjanjian 1963 yang telah diturunkan taraf pada tahun 1976" katanya ketika ditemui di Perasmian persidangan Dewan Undangan Negerinya Penggal kedua kali ke 15 kemarin dan diminta mengulas kegagalan RUU mendapat sokongan dua pertiga dari Ahli Parlimen yang telah dibentangkan buat kali kedua pada petang selesa lepas di dewan Rakyat.
Menurut Jamawi kegagalan rang undang undang ini ,untuk mendapat sokongan dari Ahli Parlimen menjadikan rakyat dinegeri ini termasuk Sarawak berkemungkinan terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk rang undang undang ini dibawa semula ke Parlimen .
Jamawi turut mengharapkan Menteri Perundangan akan meneruskan usaha usaha untuk terus berbincang dan meyakinkan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memperhalusi lagi pindaan tersebut agar selari dengan aspirasi rakyat di Sabah dan Sarawak selaras dengan perjanjian 1963
" Kita sudah tentu mengharapkan akan ada lagi perbincangan untuk mengubal serta memperhalusi semula RUU pada masa akan datang melalui perbincangan antara Perdana Menteri bersama Ketua Menteri Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan keputusan menang menang antara kedua belah pihak apabila RUU ini dibentangkan semula di Parlimen satu ketika nanti " katanya.
Di minta mengulas mengenai ahli ahli Parlimen yang berkecuali dan tidak menyokong RUU tersebut ,Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata kebanyakan ahli ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak terutamanya dari Pakatan Harapan menyokong pindaan RUU tersebut bagaimanapun ianya turut dipolitikkan dan secara kebetulan Sarawak akan menghadapi Pilihanraya Umum negeri tidak lama lagi dan isu ini kemungkinan akan dijadikan isu semasa pilihanraya








0 ulasan:
Catat Ulasan