Selasa, 9 April 2019

PELAJAR PERLU ADA CITA CITA TENTUKAN MASA DEPAN DR.YUSOF




DR YUSOF memukul gong ketika menyempurnakan gimik perasmian majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Tingkatan Enam SMK Pg Omar Sipitang sambil disaksikan Abd Razak (dua kanan) dan Jamaludin (tiga kanan). 

LAWAS: Setiap pelajar perlu mempunyai  cita-cita untuk menentukan halatuju masa depan mereka khususnya selepas alam pembelajaran.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata cita-cita itu tidak kurang pentingnya sebagai rangsangan untuk pelajar terus berusaha dengan lebih gigih lagi.

"Hidup tanpa cita-cita umpama berjalan tanpa haluan. Dengan adanya cita-cita, kita akan mempunyai keinginan yang mana ianya boleh merangsang diri kita untuk berusaha gigih untuk mencapai  impian itu,"  katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga  perlu mengambil peranan  merangsang pendidikan anak-anak mereka untuk mencapai kecemerlangan

"Perhatian dan sokongan daripada ibu bapa sudah semestinya akan lebih merangsang semangat anak-anak jika ianya amalkan dengan betul," katanya.


SALBIAH yang diiringi anaknya menerima Anugerah Ibubapa Cemerlang pada majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Tingkatan Enam SMK Pg Omar Sipitang. 

Dr Yusof berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pg Omar Spitang di sini, pada Selasa.

Majlis yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia itu turut dihadiri, Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang, Abd Razak Abd Karim dan  Pengetua SMK Pg Omar,Jamaludin Matzin.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin turut mengajak semua pihak mengambil bahagian untuk saling membantu memperkasa pendidikan di peringkat sekolah.

"Penglibatan dan kerjasama semua pihak adalah perlu untuk memperkasa kualiti pendidikan di peringkat sekolah. Peranan setiap individu khususnya ibu bapa, warga pendidik dan pelajar perlu digembeling secara berterusan agar kejayaan mencapai sasaran," katanya.

DR YUSOF (dekan empat kiri) merakam gambar kenangan bersama warga pendidik dan pelajar sempena Apresiasi dan Kecemerlangan Tingkatan Enam SMK Pg Omar Sipitang

Dr Yusof juga berharap agar pelajar mengambil langkah bijak memilih  kursus yang diperlukan dalam industri.

Beliau juga menggesa agar pelajar menghindari sebarang gejala yang boleh merosakkan kehidupan seperti perbuatan jenayah dan lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Majlis penyampaian anugerah kepada 86 pelajar itu turut  menyaksikan Morshidi Eusof, 54 dan Salbiah Munap, 51 dinobatkan sebagai Ibu bapa Cemerlang



0 ulasan:

Catat Ulasan