![]() |
| Jamawi berbincang bersama Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar sambil diperhatikan Adun Membakut Datuk Mohd.Arifin Arif sebelum sidang DUN bermula |
KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berharap kerajaan akan menambah peruntukan untuk setiap ADUN bagi meningkatkan pembangunan di kawasan luar bandar
Jamawi berkata peruntukan tambahan untuk rakyat ini akan dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk luar bandar terutama dari segi keperluan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya kampung ,membina baik pulih jambatan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
" Dengan peruntukan sebanyak 800,000 untuk setiap ADUN kerajaan ketika ini memang tidak memadahi untuk diagihkan kepada permohonan permohonan yang dikemukakan oleh setiap kampung lebih lebih lagi seperti kawasan yang saya wakili kebanyakan kampung kampung jauh di kawasan pedalaman masih banyak keperluan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat " katanya ketika berucap membahas usul ucapan terima kasih ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri di persidangan DUN Kemarin.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berbeza dengan Sarawak ,setiap ADUN mendapat peruntukan sebanyak 6 juta setahun untuk membangunkan kawasan masing masing .
" Mungkin kita tidak mampu menyamai peruntukan seperti ADUN di Sarawak ,namun dengan sedikit tambahan peruntukan untuk rakyat boleh menyelasaikan beberapa permohonan rakyat yang memerlukan keutamaan tanpa menunggu terlalu lama " katanya
![]() |
| Jamawi berbincang diluar dewan bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedict mengenai isu pembangunan luar bandar |
Jamawi berkata jabatan dan agensi kerajaan lain yang mempunyai peruntukan juga perlu membantu memberikan peruntukan tambahan kepada Adun untuk menyelasaikan beberapa perkara yang diminta oleh rakyat berkaitan dengan jabatan dan agensi berkenaaan.
Turut disentuh dalam ucapan beliau ialah meminta kerajaan negeri agar dapat merayuh kepada kerajaan Pusat untuk menambah peruntukan untuk membina program bantuan projek PPR di Sabah bagi memenuhi permintaan daripada masyarakat setempat
" Tahun ini kita hanya menerima 16 buah kelulusan untuk program PPR diagihkan kepada 60 kawasan Adun,dengan jumlah ini bagaimana kita boleh menyelasaikan permohonan rakyat yang benar benar memerlukanya sedangkan di kawasan saya Kemabong setakat ini lebih dari seribu permohonan melalui eKasih yang kita terima" jelas beliau
Jamawi juga meminta agar kerajaan pusat khususnya kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah menambah peruntukan untuk projek Jalan Perhubungan Kampung (JPK) yang berkurangan berbanding peruntukan sebelum ini
Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berharap Kementerian Pendidikan dapat menambah peruntukan untuk sektor pendidikan di negeri ini terutamanya bagi meningkatkan insfrastruktur pendidikan dan membaik pulih sekolah sekolah daif di negeri ini.
" Tahun ini kita difahamkan hanya tiga buah sekolah daif di negeri ini mendapat peruntukan baik pulih yang sudah tentu tidak memadahi dengan berpuluh sekolah daif terutamanya di luar bandar yang memerlukan pembaikan " jelas beliau.
Beliau juga turut meminta kerajaan agar dapat meluluskan peruntukan untuk membina sebuah sekolah menengah baharu SMK Kuala Tomani bagi menangani kesesakan SMK Kemabong yang ketika ini terpaksa sesi pembelajaran dua sesi iaitu pagi dan petang.
" Dari segi tapak pihak kita telah sediakan dimana pihak Lembaga Tebung Getah telah pun bersetuju secara bertulis memberikan tanah mereka sebagai tapak untuk membina sekolah menengah yang baharu yang dicadangkan ini" katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan