Rabu, 3 April 2019

UPKO BAHAGIAN BEAUFORT KEHILANGAN BEBERAPA ORANG PEMIMPIN KANANYA


Datuk Isnin bersama ahli-ahli Bersatu selepas majlis tersebutDatuk Isnin bersama ahli-ahli Bersatu selepas majlis tersebut

BEAUFORT--UPKO Bahagian Beaufort kehilangan beberapa pemimpin kanan ekoran keputusan mereka menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), salah sebuah anggota Pakatan Harapan.

Sekurang-kurangnya empat pemimpin Upko bahagian berkenaan telah mengikuti jejak Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Klias yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasneh menyertai Bersatu,

Mereka ialah bekas Timbalan Ketua Upko Bahagian Beaufort, Fredolin Penggo, bekas naib ketua bahagian yang juga bekas Adun Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, bekas ketua penerangan bahagian, Japari Kunin dan ahli jawatankuasa bahagian, Jain Haji Bisnin.

Beberapa lagi pemimpin bahagian juga dijangka akan mengambil pendirian yang serupa untuk menyertai Bersatu selepas pelancaran parti itu oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Moahamad di Penampang Sabtu ini.

Fredolin, John Teo dan Japari adalah antara bekas pemimpin Upko yang paling awal menyertai Isnin baru-baru ini untuk membentuk jawatankuasa penaja bahagian Bersatu di Beaufort.

Jain (dua kanan) ketika menghadiri taklimat parti Bersatu yang disempurnakan Datuk Isnin.


Menurut sumber dari Upko bahagian, John Teo sudah mengumumkan keputusan untuk keluar dari Upko pagi ini.

Yang terbaru mengambil keputusan menyertai Bersatu, Jain Haji Bisnin, ahli jawatankuasa Upko Bahagian Beaufort yang memenangi jawatan itu dalam pemilihan bahagian parti itu tahun lepas.

Difahamkan, Upko bahagian berkenaan belum pernah mengadakan mesyuarat bahagian sejak pemilihan parti tahun lepas.

Dalam whatsappnya, Jain memaklumkan keputusannya untuk menyertai Bersatu dan telah menghadiri satu taklimat parti itu kepada ahli-ahli yang disempurnakan oleh Isnin.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab meninggalkan Upko yang disertainya sejak lebih 10 tahun lalu.



0 ulasan:

Catat Ulasan