Isnin, 8 April 2019

RUU PERLU DIBENTANGKAN TERLEBIH DAHULU KEPADA JAWATAN KUASA KHAS PERLIMEN :BUNG


Bung dua dari kanan ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

KOTA KINABALU:Kerjaaan seharusnya terlebih dahulu merujuk kepada jawatan kuasa Parlimen terpilih untuk kajian terperinci sebelum membantang Rang Undang Undang (RUU)

Ahli Parlimen Kinabatangan Dato' Sri Bung Moktar Radin ( gambar ) berkata,pembangkang tidak setuju RUU pindaan itu yang hanya mencadangkan klausa baru untuk memperincikan semua negeri yang membentuk persekutuan.

" Meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan "tidak bermakna" dalam memperkasa kedudukan Sabah dan Sarawak.

" Kerajaan patut membuat langkah pindaan ini sejajar dengan kandungan Perjanjian Malaysia 1963" katanya

Bung  yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatan kuasa UMNO Sabah disini dan diminta mengulas isu RUU yang  telah dibentangkan oleh  Menteri Undang-undang Liew Vui Keong dalam  bacaan pertama di Dewan Rakyat baru baru ini.

Tambah Bung jawatan kuasa pemandu berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 masih bersidang (untuk membincangkan soal mengembalikan status Sabah dan Sarawak), jadi ada baiknya kita  lihat dahulu  apa yang diputuskan sebelum membuat sebarang pindaan .

" Adalah lebih baik pindaan dibuat dengan cara menyeluruh selaras dengan aspirasi  rakyat di Sabah dan Sarawak  terutamanya dalam  memenuhi perjanjian Malaysia 1963 berbanding pindaan sedikit demi sedikit" katanya

Menurut Bung Pembangkang telah pun membuat usul agar usul pindaan perlembagaan ini terlebih dahulu dirujuk ke jawatankuasa terpilih Perlimen.

Mengenai mesyuarat tersebut Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan memberi tahu UMNO Sabah akan turut membantu berkempen pada pilihanraya kecil Parlimen Sandakan bagi parti yang bersekutu dengan BN.

Bung juga memaklumkan UMNO Sabah juga akan membentuk satu jawatan kuasa khas bagi memantau kemajuan dan prestasi jabatan agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini.

" Kita akan pantau perkhidamatan dan sistem penyampaian jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat terutamanya dalam memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini" katanya












0 ulasan:

Catat Ulasan