Selasa, 16 April 2019

BIAR KITA DICERCA OLEH PEMIMPIN BERKEPENTINGAN SEKARANG DARI KITA DIKUTUK OLEH GENERASI AKAN DATANG :BUNG




KOTA KINABALU:  Ahli Parlimen Kinabatangan (gambar) Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata cemuhan Adun Sukau Datuk  Saddi  Abdul Rahman tidak akan memberikan kesan kepada prinsip perjuanganya kerana tidak menyokong Pindaan Rang Undang Undang (RUU) daripada dikutuk oleh rakyat Sabah terutamanya generasi akan datang.

Katanya beliau (Saddi ) hanya membawa emosinya yang lebih bersikap "mengampu"  kerana kepentingan politik peribadinya   ketika  beliau berucap dalam perbahasan di DUN Sabah pada Isnin lepas .

Bung yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata, cadangan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk meminda Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 Perkara 1 (2) bukanlah satu perkara yang boleh dipolitikkan.

 “Pindaan Perlembagaan ini amat penting dan bermakna tetapi apa yang dapat kita lihat melalui pindaan RUU ini tidak memenuhi aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang sebenarnya  selaras dengan perjanjian 1963" katanya sebagai mengulas dakwaan Saddi  yang beliau tidak patriotik kepada rakyat Sabah kerana tidak menyokong pindaan tersebut.

Menurut Bung beliau tidaklah sebodoh yang didakwa oleh Saddi, menyokong tanpa berfikir panjang ,kemungkinan Beliau(Saddi) hanya berfikiran mudah  menyelamatkan diri dengan menyokong perkara yang tidak membawa apa-apa makna untuk negeri  dan rakyat Sabah.

" Beliau( Saddi) sepatutnya  mendengar hujah saya di dewan rakyat dan kupasan kupasan saya dalam wawancara dari Parlimen di Halaman Sosial atau di YouTube" sebelum membuat tomahan, tapi sebaliknya dia menggunakan DUN untuk menyerang saya yang  baginya inilah peluang menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat " katanya

Bung berkata ternyata Saddi tidak  faham apa  itu perjanjian MA63 dan dia tidak tahu apa yang  perlu dilakukan jika  pindaan perlambagaan 1(2) sahaja dipinda dan perjanjian MA63 sendiri tidak mendapat tempat dalam pindaan tersebut yang sudah tentu   tidak akan bermakna untuk rakyat Sabah.

" Saya  berpendapat Ketua Menteri Sarawak serta ahli ahli  Parlimen  dari parti gabungan Sarawak bukanlah  tidak bijak  kerana tidak menyokong pindaan perlembagaan  yang tidak memberi impak positif kepada  rakyat di kedua dua buah negeri ,justeru Saddi jangan jadi seperti lalang yang tidak berhaluan dan berprinsip seperti langkahnya keluar meninggalkan parti UMNO" tambah Bung.

Mengulas dakwaan Saddi yang  Umno sudah terkubur di Kinabatangan ,Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan  berkata Saddi harus bersyukur kerana dengan  sokongan ahli ahli dan pemimpin  UMNO bahagian itu beliau masih bergelar  Yang Berhormat  sehingga sekarang.

" Saya tidak nak komen panjang perkara ini kalau jadi pemimpin ,jadilah pemimpin yang bermaruah dan berprinsip jangan seperti "lalang"atau
"lupa daratan" ,PRU akan datang akan menjadi penantu samaada politik Saddi terus  subur atau akan terkulai layu" jelas Bung

0 ulasan:

Catat Ulasan