Khamis, 29 November 2018

RUNDUM BERPOTENSI BESAR MENJADI PENGELUAR SAYURAN TANAH TINGGI JAMAWI

Jamawi bersama pengarah pertanian Sabah Datuk Idrus ketika melawat ladang ladang yang diusahakan oleh penduduk kampung 

KEMABONG: Kampung Rundum yang terletak di  kawasan Pedalaman  kira kira 70 kilometer dari Pekan Tenom  1.45 minit perjalanan dari pekan kecil Kemabong  mempunyai potensi besar menjadi pengeluar hasil pertanian utama negeri  khususnya sayuran tanah tinggi.

Selain bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, kesuburan tanah secara semula jadi  dan keadaan cuacanya boleh mencecah 16 darjah celcius  membolekan segala tanaman yang ditanam memberi hasil yang amat menggalakkan.

Penanaman sayuran tanah tinggi yang dijalankan secara bertingkat dan secara kecil-kecilan oleh penduduk kawasan ini telah menghasilkan sayur bermutu tinggi, walaupun hanya menggunakan racun makhluk perosak yang sedikit.

Bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada penduduk kampung khususnya pengusaha tanaman sayuran tanah tinggi di kampung ini satu kursus tanaman sayuran tanah tinggi dan pemprosesan makanan telah diadakan di kampung tersebut melibatkan penyertaan 120 peserta

Jamawi (tengah) bersama penduduk kampung yang menyertai kursus tersebut 

Wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata kursus yang berlangsung selama tiga hari itu dibimbing oleh 20 pakar pertanian tanah tinggi termasuk pengarah Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie.

" Kita berharap melalui kursus ini para peserta akan dapat didedahkan dengan pengalaman dan pengetahuan yang lebih sistemetik dari segi cara penanaman ,penjagaan termasuk penggunaan baja yang sesuai agar hasil pertanian yang dihasilkan lebih berkualiti untuk dipasarkan" katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan kursus tersebut pada Khamis lepas

Menurut Jamawi kejayaan penanaman sayur di kawasan itu dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan kesuburan tanahnya.

''Selain itu, faktor cuaca sejuk di mukim Rundum  juga menyebabkan para petani mendapat hasil pertanian segar dan dengan adanya pendedahan seperti ini kita yakin pengalaman mereka akan bertambah untuk menghasilkan tanaman sayuran yang lebih bermutu untuk dipasarkan  ," katanya.

Jamawi bersama pengarah dan pegawai pegawai pertanian ketika meninjau kawasan tersebut 

Menurutnya, jenis sayuran yang ditanam ialah kobis bulat dan daun, tomato dan cili besar.

Justeru, katanya, penduduk sekitar kampung Rundum khususnya golongan petani perlu terus mempertingkatkan pengeluaran hasil pertanian khususnya sayur tanah tinggi dari masa ke semasa.

Menurut Jamawi kursus seperti ini ,penting bagi melonjakkan pertanian negara ke satu tahap yang lebih tinggi sebagai sumber kekayaan melalui peningkatan nilai tambah yang disertakan dengan penggunaan sains dan teknologi.

Katanya, tanaman tersebut perlu diusahakan secara besar-besaran bagi memastikan ia benar-benar memberi pulangan setimpal dengan usaha petani itu sendiri.

Selain itu, keistimewaan tersebut telah meletakkan mukim Runduklm sebagai destinasi pelancongan yang mesti dilawati apabila pelancong datang ke daerah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan