Jumaat, 16 November 2018

JAMAWI CADANG DANA KHAS PERNIAGAAN KEPADA BELIA BERKEMAHIRAN


Wujudkan dana khas untuk belia beekemahiran

KOTA KINABALU :Kerajaan negeri dicadang memberi dana khas dan pinjaman untuk pembangunan usahawan kepada golongan belia berkemahiran, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar.

Jamawi berbincang bersama ADUN Tanjung Batu Datuk Hamisa  dan Adun Paginatan Datuk Abidin sebelum sidang DUN bermula

Beliau berkata pemberian khas dana dan pinjaman berjumlah RM24.45 juta yang diperuntukkan dalam belanjawan negeri 2019 itu bertujuan memudahkan mereka memulakan perniagaan bagi melahirkan lebih ramai belia berkemahiran menyertai bidang keusahawanan.

Katanya, langkah itu juga akan membantu kerajaan merealisasikan hasrat menyerlahkan potensi dan keterampilan belia serta menggalakkan aktiviti perusahaan kecil dan sederhana di Sabah.

“Penerima dana khas ini harus dalam kalangan belia yang sudah mendapat pelbagai latihan kemahiran termasuk menjahit atau pendawaian elektrik seperti di GiatMARA, Institut Latihan Perindustrian dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Sementara itu, Jamawi turut mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Kampung Rundum, dekat Tenom berikutan cuaca dan tanah di kawasan itu sama seperti di Kundasang, Ranau yang berpotensi bagi pembangunan tersebut.

“Pengangkutan jalan raya juga sudah bagus dan memudahkan perhubungan kerana hanya memerlukan lebih kurang satu jam 15 minit untuk sampai ke Tenom berbanding dahulu,” katanya.

Beliau juga mahu potensi pelancongan luar bandar di Kampung Rundum dibangunkan memandangkan kawasan itu mempunyai peninggalan sejarah yang dilihat mampu menarik kehadiran pelancong.

0 ulasan:

Catat Ulasan