Sabtu, 3 November 2018

Jangan Abai Anak Istimewa Jamawi

Jamawi turut meraikan anak anak istimewa dalam majlis memotong kek sempana majlis tersebut

TENOM : Ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa termasuk mempunyai masalah pembelajaran digesa agar tidak mengabaikan golongan tersebut sebaliknya perlu memberi perhatian dan pendidikan sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, ini kerana anak-anak istimewa tersebut mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri yang boleh digilap dan diketengahkan.

“Apa yang penting ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini jangan sesekali rasa malu kerana anak itu adalah kurniaan Allah SWT yang perlu kita jaga sebaiknya.

“Jangan sesekali abaikan mereka sebaliknya bimbinglah mereka mengikut keupayaan dan kelebihan yang ada pada diri anak-anak istimewa ini,” katanya ketika ditemui selepas meraikan lebih dari seratus orang anak anak istimewa dalam program Hari Keluarga pemulihan dalam komuniti (PDK) bahagia Keningau,Tenom,Sook,Tambunan dan Nabawan di Fat Choi Cabin dekat sini baru baru

Jamawi bersalaman bersama anak anak istimewa sejurus tiba ke majlis tersebut

Jamawi  berkata, seperti anak-anak normal, anak-anak istimewa juga perlu dihantar ke sekolah bagi mendapat pendidikan yang sempurna.

“Kerajaan menyediakan banyak kemudahan untuk golongan ini, justeru ibu bapa tidak perlu gusar untuk menghantar anak-anak istimewa ini ke sekolah.

Jamawi menyampaikan sumbangan kepada anak anak istimewa sempana program tersebut

“Dari situ kita boleh melihat apa kelebihan dan kecenderungan anak-anak istimewa ini yang boleh kita cungkil dan perkembangan demi masa depan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa masyarakat untuk sama memainkan peranan termasuk memberi sokongan moral kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa.


0 ulasan:

Catat Ulasan