Khamis, 8 November 2018

KERAJAAN NEGERI DIMINTA LETAKKAN SEORANG PENOLONG DAERAH BERAGAMA ISLAM DI PEJABAT DAERAH KUALA PENYU


Pejabat Daerah Kuala Penyu .Seorang penolong pegawai daerah beragama Islam wajar diletakkan di sini

KUALA PENYU : Mejoriti masyarakat, khususnya masyarakat Islam di daerah ini mendesak agar kerajaan negeri meletakkan seorang penolong pegawai daerah dari kalangan orang Islam di daerah ini

Menurut mereka kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal wajar mengambil kira cadangan ini memandangkan buat masa ini Pegawai Daerah dan seorang penolong pegawai daerah adalah dari kalangan bukan orang Islam.

" Bagi mengimbangi kompasisi pelbagai kaum dan agama di daerah ini adalah wajar seorang penolong pegawai daerah beragama Islam diletakkan di pejabat daerah Kuala Penyu" kata seorang penduduk Saili Loksin ketika ditemui di sini

Menurut beliau cadangan ini wajar diberikan pertimbangan  oleh kerajaan negeri kerana sudah menjadi tradisi sebelum ini apabila seorang Pegawai daerah bukanya dari kalangan orang Islam ,salah seorang penolongnya akan diisi oleh pegawai yang beragama Islam.

" Cadangan ini perlu dilihat secara rasional berdasarkan kepelbagaian bangsa dan agama yang terdapat di daerah ini dan cadangan ini sama sekali bukanya berunsurkan  rasis " katanya.

Cadangan ini dibuat disebabkan terdengar  dasas desus pihak tertentu yang mencadangkan nama individu tertentu dari kalangan pegawai kerajaan yang bukanya beragama Islam untuk  diletakkan bagi mengisi kekosongan jawatan  penolong pegawai daerah di pejabat daerah Kuala Penyu.

" Jika dalam jawatan lantikan politik telah  dimonopoli dari kalangan kaum tertentu sahaja ,kami berharap dalam perlantikan jawatan perkhidmatan awam ini perlu seimbang dengan kompasisi kaum dan agama yang terdapat di  daerah ini" katanya .

Untuk rekod Pegawai Daerah Kuala Penyu ketika ini disandang oleh Sebastian Ingkim dan seorang penolong Pegawai Daerah  John Angelo kedua duanya anak jati kelahiran daerah Kuala Penyu

Bagi seorang kakitangan kerajaan yang hanya ingin dikenali sebagai Awang pula berkata ,cadangan untuk meletakkan seorang penolong pegawai daerah beragama Islam memang perlu  bagi mempengerusikan jawatankuasa Badan Dakwah daerah.

" Jika pegawai daerah dan seorang penolongnya dari kalangan bukan orang Islam seorang lagi penolongnya wajar diisi oleh  pegawai yang beragama Islam bagi mempengerusikan jawatankuasa badan dakwah daerah dan mempengerusikan majlis majlis keagamaan seperti majlis tilawah AL quran dan sambutan acara acara keagamaan seperti sambutan maal hijrah Maulidur rasul dan lain lain" katanya .

Sehubungan dengan itu Awang berharap kerajaan akan melihat cadangan ini secara rasional tidak bergantung kepada cadangan pihak tertentu yang berkaitan dengan politik kerana ianya merupakan jawatan dalam perkhidmatan awam negeri bukannya jawatan lantikan politik.

" Ramai kalangan penjawat awam beragama Islam yang berasal dan berkelayakan dari daerah ini boleh dilantik menjadi penolong pegawai daerah " tegas Awang.

0 ulasan:

Catat Ulasan