![]() |
| Jamawi diberikan penjelasan oleh pengusaha pusat rekreasi Kauran Puan Emilda lee bte lee kong sang yang diusahakan bersama di kampung Gamuisi Kemabong |
KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini Jamawi Jaafar berharap sektor pelancongan desa terus dirancakkan bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan luar negara melawat daerah tersebut.
Beliau berkata masyarakat desa perlu mengambil peluang berkenaan memandangkan terdapat banyak tempat menarik di desa-desa dalam daerah itu jika diusahakan dalam bidang pelancongan boleh menjana pendapatan ekonomi masyarakat setempat sekaligus mencapai sasaran pelancong desa berdaya maju.
" Saya telah melawat beberapa buah kampung di kawasan ini,sebahagian tempat memang kaya dengan alam dan faunanya ada sungai, berbukit bukau amat sesuai diusahakan sebagai pusat rekreasi keluarga sekali gus boleh dikembangkan menjadi pusat pelancongan " katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja kerja menyiapkan Pusat Rekreasi Kauran
di kampung Gumisi Kemabong yang diusahakan oleh Puan Emilda Lee Lee Kong Sang bersama keluarga kampung tersebut.
Turut serta dalam lawatan tersebut Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kemabong Burnley Balang.
![]() |
| Keadaan sungai yang bersih sebagai salah satu tarikan ke pusat rekreasi tersebut |
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan selain mengwujudkan pusat pusat rekreasi ,masyarakat di daerah itu juga boleh mengusahakan hasil hasil kraftangan dan makanan tradisional serta inap desa sebagai salah satu bidang perniagaan untuk dipasarkan kepada pengunjung yang datang ke daerah ini.
" Menjadi matlamat saya menjadikan daerah kecil Kemabong sebagai salah satu daerah di kawasan Pedalaman sebagai distensi pelancongan baru.Selain usaha usaha mempromosikan tarikan yang sedia ada seperti kampung Rundum,Batu Binatikan dan lain lain yang sudah mula dikenali oleh masyarakat luar" katanya.
![]() |
| Jamawi (kanan) PPM Kemabong Burnley Balang (Berdiri kanan) bersama pengusaha Pusat Rekeasi tersebut Puan Emilda Lee Lee Kong Sang dan keluarga |
Jamawi berkata daerah kecil Kemabong amat berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pelancongan dan yakin satu masa nanti apabila kerajaan menaik taraf beberapa batang jalanraya utama menghubungkan ke kawasan kawasan terlibat akan memudahkan pergerakan orang ramai untuk berkunjung ke daerah ini.
Sehubungan dengan itu beliau berharap rakyat di kawasan ini mengambil peluang ini sebaiknya, jika pun sukar membina pusat rekeasi sendiri kerana melibatkan kos yang tinggi namun bidang lain boleh diusahakan antara kraftangan ,budaya makanan tempatan dan inap desa sebagainya salah satu sumber untuk menjana taraf siso ekonomi seharian.
" Kita tidak perlu bimbang dalam soal mempromosikan produk yang kita usahakan kerana hampir semua kampung dikawasan ini mendapat eksis talian telefon mudah alih dimana produk kita boleh dimuat naik atau diviralkan di media sosial ,blok dan instagram " katanya









0 ulasan:
Catat Ulasan