Jumaat, 2 November 2018

HAYATI SEJARAH PERJUANGAN PKR:HAJI ABDUL RAHMAN

Haji Abdul Rahman,ahli PKR perlu hayati sejarah perjuangan parti

BEAFORT : Menjelang pemilihan ahli jawatankuasa cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian ini yang berlangsung hari ini Sabtu ini(esok)  Calon Ketua Cabang PKR Beaufort Haji Abdul Rahman Yakub  mengajak ahli ahli parti agar menghayati sejarah perjuangan PKR sebelum ini.

Beliau  berkata, apabila diimbas kembali sejarah itu, ahli ahli parti  akan menyedari betapa besarnya nilai perjuangan PKR sehingga ke tahap sekarang.

Katanya sejarah menyaksikan dua puluh tahun lepas figura penting yang dicetuskan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengerak reformasi yang akhirnya membawa perubahan dalam landskap politik negara melalui perjuangan yang penuh liku dan cabaran

" Dengan kesedaran sejarah itu, ahli parti  akan lebih beristiqamah dan  tidak  akan menggadai dan merosakkan imej dan perjuangan parti yang baru berputik  selain tidak mengabaikan soal soladiriti dalam parti " katanya ketika ditemui di sini kelmarin

Sehubungan dengan itu menurut Haji Abdul Rahman yang juga Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri ,dalam soal pemilihan kepimpinan parti di peringkat cabang kali ini ,ahli perlu mengutamakan perpaduan dan perjuangan parti lebih dari segala-galanya

" Tahun ini kita mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti pusat dan diperingkat cabang,selain kita menyuburkan amalan demokrasi dalam sistem pemilihan ,kita  perlu mengutamakan kepentingan
parti dan sentiasa mengutamakan perpaduan sebagai tunjang kekuatan parti menghadapi cabaran masa kini dan akan datang" katanya

Tambah Abdul Rahman setiap ahli bebas memilih sesiapa sahaja calon yang mereka kehendaki namun pertimbangan perlu dilihat dari segi  komitmen dan kesetiaan kepada perjuangan  dimana parti memerlukan satu pasukan yang mantap bagi mengalas tanggungjawab serta  cabaran parti pada masa akan datang.


Sementara itu kebanyakan pemerhati politik menjangkakan Abdul Rahman mempunyai peluang cerah untuk memenangi jawatan ketua cabang pada pemilihan kali ini.

Calon Timbalan Ketua Cabang Dikin Haji Musa berkata ,Abdul Rahman amat konsisten dalam perjuangannya dan kesetiaanya bersama parti PKR selama ini  tidak boleh dipertikaikan yang perlu menjadi perkiraan ahli ahli parti.

Bagi salah seorang calon Naib Ketua Cabang Tarawih Haji Rukut pula berpandangan Abdul Rahman wajar diberikan pertimbangan untuk menerajui kepimpinan Cabang bahagian Beaufort berdasarkan kepada pengalaman  beliau yang bermula dari  gerakan reformasi sehingga parti berada ditahap sekarang.

Sementara itu Calon ahli jawatankuasa Cabang PKR Beaufort Ibrahim Salim berkata Abdul Rahman adalah seorang pemimpin yang setia kepada parti dan mudah didekati oleh sesiapa sahaja selain memiliki  keupayaan sebagai pemimpin untuk  membawa perubahan terutamanya dalam  memantapkan kekuatan parti PKR ,khususnya di bahagian Beaufort.

FIKRAHMAYA.BLOGSPOT.COM

1 ulasan:

  1. Sdra Tn. Hj. Abd. Rahman Yakob dan sdra Dikin Musah akan memenangi jawatan Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang Beaufort.

    BalasPadam