Sabtu, 1 Disember 2018

SEMUA PIHAK BERPERANAN MAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN:JAMAWI



BERSEMANGAT Jamawi (tengah) bersama peserta yang menyertai program tersebut 
TENOM: Sektor pelancongan di negara ini berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara.

Sehubungan dengan itu menurut wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar kerajaan sentiasa memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pentas .

Bagaimanapun menurut beliau masih ada ruang yang wajar dimanfaatkan untuk memastikan semua pihak khususnya pengusaha pelancongan mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini.

"Kita wajar mengambil langkah proaktif dan pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan agar berkembang maju dan semua pihak perlu memainkan peranan masing masing agar sektor ini berdaya maju dan boleh menjana ekonomi rakyat dan negara "katanya ketika berucap merasmikan penutupan program Tranformasi Minda Belia di Padas Farmastay di sini.

Jamawi ketika menyampaikan amanat kepada para peserta program tersebut

Sehubungan dengan itu menurut Jamawi pihak kerajaan wajar memperkenalkan produk pelancongan yang baharu yang dapat menarik minat pelancong ini termasuklah program inap desa,konsep pelancongan kesihatan,pendidikan selain memperkenalkan produk pelancongan lain seperti pelancongan musim buah buahan tempatan .

" Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka,kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya dan kesenian masyarakat tempatan ,pelancong wajar  dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka" katanya.

Tambah Jamawi Karnival pelancongan juga salah satu cara untuk menarik kedatangan pelancong ,justeru ia wajar diadakan disetiap daerah dimana kaedah ini berkesan untuk memperkenalkan daerah berkenaan sebagai distenasi pelancongan dengan memperkenalkan tempat tempat menarik,budaya dan makanan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

"Karnival ini juga wajar menyediakan maklukat mengenai pakej pakej pelancongan yang kompetitif kepada pelancong luar " katanya .

Mengulas program tersebut Jamawi berkata ianya merupakan satu flatfrom bagi penguasa pelancongan menimba ilmu pengetahuan disamping mendapatkan info mengenai dasar serta program kerajaan untuk memperkasakan sektor pelancongan di negara ini.

Menurut beliau kerajaan melalui jabatan serta agensi berkaitan khususnya lembaga Pelancongan Sabah perlu menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi baharu yang belik dikenali ramai  untuk dilawati .

"Ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak,buku poster ,majalah dan media elektronik selain pihak pengusaha pelancongan juga perlu mempromosikan produk mereka melalui media sosial dan lain lain" tambah Jamawi.

Selain itu tambah Jamawi kerajaan perlu melengkapkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang di tuju.


0 ulasan:

Catat Ulasan