![]() |
| Mesra Hajah Johair berbuka mesra dengan penduduk setempat sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut. |
BEAUFORT : Umat Islam wajar mencontohi prinsip dan sifat Nabi Muhammad memelihara perpaduan dengan orang bukan Islam.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Klias Hajah Johair Matlani berkata Nabi Muhamad melarang pengikut melakukan perkara negatif yang mungkin membawa kepada perpecahan rakyat.
Menurut Johair dalam sejarah perjuangan Nabi Muhamad menyatupadukan masyarakat baginda dapat menyatupadukan kaum Ais dan Khazraj kemudian kaum Ansar dan Muhajirin menjadi saudara .
“Nabi Muhammad contoh seorang pemimpin yang lebih banyak bekerja daripada bertindak, pemimpin yang mengajar nilai kesetiaan dan menekankan perasaan saling faham memahami.” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung Salagon dekat sini Isnin lepas.
![]() |
| Kerjasama.Hajah Johair(tengah) bersama jawatankuasa penganjur majlis tersebut. |
Johair yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Parlimen Beaufort berkata, Sabah tidak berdepan masalah agama walaupun rakyatnya pelbagai etnik dan kepercayaan.
Sehubungan dengan itu Johair berharap keharmonian ikatan dalam kalangan masyarakat harus dipelihara.
“Saya yakin transformasi negeri dibawah pemerintahan parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal boleh dicapai dengan adanya toleransi dan saling hormat menghormati di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini ” tambahnya
Mengulas penganjuran program tersebut Ahli Majlis Tertinggi parti Warisan ini berkata ianya satu penganjuran yang boleh dijadikan wadah penyatuan dalam kalangan komuniti setempat .
" Bila adanya semangat kerjasama yang erat dikalangan penduduk setempat seperti penganjuran ini ianya melambangkan semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan penduduk setempat dan ini memudahkan kerajaan menyalurkan pembangunan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat " katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan