![]() |
| Haji Abdul Rahman (dua dari kanan) mengetuai perarakan sempena sambutan tersebut. |
MENUMBOK: Umat Islam diingatkan agar sentiasa memperkukuh benteng kesatuan dan perpaduan bagi mengelak daripada hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub berkata, umat Islam perlu terus bersatu hati di bawah lambang perpaduan demi permuafakatan dalam bangsa, agama dan negara.
Menurut beliau Umat Islam ketika ini sedang berada di satu zaman yang penuh dengan cabaran dan hasutan pihak tidak bertanggungjawab. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, tembok perpaduan itu akan runtuh.
" Sambutan Maulidur rasul yang dibuat setiap tahun tidak mampu dihayati sepenuhnya dan lebih sedih apabila ada individu yang mengagungkan Rasulullah tapi pada hakikatnya merupakan penggerak aktiviti yang dilarang baginda termasuk mempolitikkan sambutan yang dianjurkan" katanya
Abdul Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitul Maal Sabah berkatan demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah kecil Menumbok di dewan Masyarakat Awang Samaun pagi kemarin .
Sehubungan dengan itu Abdul Rahman mahu umat Islam memahami,
menghayati dan mempraktikkan
segala ajaran yang disampaikan Nabi Muhammad SAW sebagai satu pedoman dan panduan hidup selaras dengan tema sambutan tahun ini" menyantuni Umat,Membawa Rahmat"
"Sambutan maulid yang diadakan bukan sekadar untuk melengkapkan takwim tahunan, bahkan lebih kepada mencapai misi yang perlu kita laksanakan khususnya sebagai khalifah penerus legasi dakwah Nabi hingga hari kiamat kelak," katanya
Hadir sama di majlis tersebut Awang Marhamin Hi Abas mewakili Pengerusi Penganjur Penolong Pegawai Daerah Menumbok,Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fadzlee Abdullah serta pemimpin masyarakat tempatan







0 ulasan:
Catat Ulasan