Khamis, 8 November 2018

JAMAWI INGATKAN PELAJAR BELAJAR SECARA BIJAK

Pelajar mengambil peluang bergambar bersama Jamawi dan Nabil diakhir program tersebut

TENOM : Golongan pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan STPM dan SPM digesa agar belajar  lebih dari apa yang diajar  di sekolah dalam erti kata tidak bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran semasa berada di kelas.

Wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar ketika membuat gesaan ini berkata usaha yang luar biasa akan memberikan hasil yang luar biasa dan sudah tentu kejayaan seperti ini akan dimiliki oleh pelajar yang bijak mengurus masa, berdisplin dalam mengulang kaji pelajaran semasa di sekolah dan berada di rumah

" kesedaran dan semangat pelajar  lahir bukan hanya sekadar dari fikiran (minda sedar) tetapi disertai daripada hati/jiwa/roh (minda bawah sedar), Inilah kunci kejayaan yang utama, iaitu sesuatu yang kita lakukan mesti datang dari fikiran dan emosi yang positif, barulah suntikan semangat, respons dan tindakan turut menjadi positif" katanya semasa ditemui selepas merasmikan program Sentuhan Akhir pelajar SPM dan STPM Peringkat daerah Tenom dan Kemabong di dewan Chung Hua Tenom kemarin.

Majlis yang dihadiri lebih dari  seribu orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM tahun ini diceriakan lagi dengan kehadiran pelawak terkenal Nabil Ahmad yang bukan sahaja berkongsi pengalaman kejayaannya tapi sempat memberikan anjakan mitovasi kepada pelajar yang menyertai program tersebut selain dari penceramah motivasi jemputan yang lain.

Pemimpin idola pelajar turut merakamkan gambar bersama Jamawi sebaik sahaja majlis berakhir

Menurut Jamawi lagi proses belajar bermula daripada diri sendiri, bermula dengan ilmu dan maklumat yang disampaikan oleh guru di sekolah kemudian perlu diusahakan lagi oleh pelajar; mencari maklumat, menganalisis dan mengulang kaji supaya lebih memahami dan menguasai segala yang dipelajari melalui disiplin diri, kemahuan dan semangat yang kuat akan membentuk tabiat pelajar yang positif.

" Dizaman dunia tanpa sempadan ini,pelajar perlu bijak memanafaatkan kemudahan enternit untuk mencari bahan bahan rujukan yang boleh memperkayakan pengetahuan mereka sebagai nilai tambah untuk pembelajaran mereka  " katanya


Pengerak Pegawai pendidikan daerah bersama kakitangan turut merakamkan gambar kenangan bersama Jamawi dan Nabil sempana majlis tersebut

Mengulas program tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata ianya adalah program tahunan dalam usaha memberikan anjakan paradigma kepada para pelajar khususnya di kawasan tersebut.

" Usaha ini akan kita teruskan setiap tahun dimana sebagai pemimpin di kawasan ini memperkasakan pendidikan adalah fokas utama saya dalam usaha melahirkan model insan yang berkualiti untuk memacu proses pembangunan dan mengubah masa depan diri keluarga masyarakat dan negeri" katanya.






0 ulasan:

Catat Ulasan