![]() |
| Selain pembangunan infrastruktur,pembangunan modal insan juga akan diberikan perhatian di DUN Kemabong Jamawi Jaafar |
KEMABONG : Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar menyifatkan pembangunan modal insan secara holistik adalah faktor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi mapan negara.
Sehubungan dengan itu menurut beliau dalam merancang dan melaksanakan pembangunan insfaraktur di kawasan Kemabong penekanan dalam aspek pembangunan modal insan juga akan diberikan perhatian dan keutamaan.
Beliau berkata, pembangunan pendidikan menyeluruh untuk rakyat memperoleh kemahiran dan ilmu, bagi membolehkan peningkatan pendapatan rakyat daripada pencapaian tahap pendidikan dan kemahiran.
" Sebagai penutup program bagi tahun 2018 ini, tiga program utama dalam memperkasa modal insan khususnya di kawasan Kemabong akan kita anjurkan untuk dimanafaatkan rakyat termasuk golongan belia di kawasan ini " katanya ketika ditemui selepas merasmikan gelanggang bola tampar di kampung Sandongan dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Jamawi melakukan pukulan bola tampar sebagai simbol perasmian majlis tersebut |
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan antara program modal insan yang bakal diadakan ialah Kursus pembangunan dan Penanaman Sayuran Tanah Tinggi di Kampung Rundum bermula pada 27 dan berakhir 29 November ini.
![]() |
| Penduduk kampung Rundum diberikan latihan penanaman sayuran Tanah Tinggi |
" Kursus ini atas bantuan Jabatan Pertanian Sabah dimana dua puluh orang pakar pertanian tanah tinggi termasuk Pengarah Pertanian Datuk Idrus Shafie akan turut bersama 120 peserta kursus yang menyertai kursus ini" katanya.
Selain itu tambah Jamawi Program Transformasi Minda Belia Tahap 2 (Pembangunan Pelancongan) akan diadakan pada 30hb Nov - 1 Dis bertempat di Padas Homestay Centre, Kemabong dimana program ini melibatkan semua pengusaha pelancongan Tenom/Kemabong
![]() |
| Sekator pelancongan diberikan perhatian di DUN Kemabong.Pengusaha diberikan bimbingan penambahbaikan pakej pelancongan di kawasan Kemabong. |
" Usaha ini kita laksanakan bagi menambahbaik program-program dan pakej lawatan ke Tenom dan Kemabong dengan lebih berkesan yang melibatkan seratus orang peserta " katanya
Tambah Jamawi program ini ditaja oleh Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah melalui agensi Jobstreet’s Sabah Kementerian pelancongan dan Sabah Tourism
![]() |
| Perbincangan dengan golongan belia mengenai penganjuran bengkel perniagaan dan mesyuarat penubuhan Koperasi Belia di Tenom dan Kemabong |
Bagi golongan belia pula dalam memperkasa modal insan bagi golongan ini ,satu bangkel seterusnya mesyuarat agung Koperasi Usahawan Belia Tenom akan diadakan pada 2 Dis ini bertempat di Pusat Khidmat ADUN Kemabong
![]() |
| Belia yang berminat berniaga akan dikumpul dalam satu koperasi |
Jamawi berkata,koperasi ini akan menghimpunkan lebih lima puluh orang belia di Kawasan Kemabong dan Tenom yang terlibat dalam bidang perniagaan masing masing disatukan dalam satu bumbung Koperasi..
Menurutnya, rakyat termasuk golongan belia perlu bersedia dari sekarang untuk memantapkan pembangunan modal insan dengan mengambil kira perubahan semasa dan cabaran akan datang.
“Selain itu, kerajaan akan memastikan masyarakat di bandar atau luar bandar memperoleh akses untuk menjana pendapatan yang selesa seterusnya mencapai tahap sosial ekonomi yang tinggi" katanya
FIKRAH MAYA.COM












0 ulasan:
Catat Ulasan