Sabtu, 17 November 2018

BENTUK ANAK DENGAN PENDIDIKAN AGAMA:JAMAWI

Jamawi (tengah belakang) bersama para pelajar  yang menerima sijil sempana majlis tersebut

TENOM :  Peranan ibu bapa sangat penting dalam menerapkan nilai-nilai keagamaan, kasih sayang dan pengetahuan tentang kehidupan. Ia adalah langkah utama yang perlu dilaksanakan dalam institusi kekeluargaan.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata,pendidikan agama mesti dilaksanakan ibu bapa di peringkat awal usia anak-anak bagi membolehkan iman mereka dibentuk dan diperkukuhkan menjadi insan bertakwa.

" Jika perkara ini tidak dilakukan, anak-anak akan mudah terjebak dalam kancah gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menyusahkan ibu bapa" katanya ketika berucap merasmikan majlis Konvensyen Tadika Qiraati Nurul Jannah Pekan Tenom di masjid Ar-Rahman Tenom Kemarin

Menurut beliau  yang juga Ketua Belia Usia Sabah Pendidikan agama menjadi teras dan benteng kepada pembentukan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Tanpa pendidikan agama, anak-anak tidak mempunyai benteng yang kukuh bagi menghadapi keruntuhan moral di luar yang semakin berleluasa.

" Pendidikan seimbang amat penting sebagai persediaan melahirkan modal insan berjaya di dunia dan akhirat" katanya

Jamawi (empat dari kanan) bersama pengerak majlis tersebut

Tambah Jamawi masalah gejala sosial, keruntuhan akhlak dan jenayah dalam kalangan generasi muda hanya boleh diatasi melalui didikan agama dan pendedahan sewajarnya oleh ibu bapa.

 Justeru, pembacaan dan penghayatan al-Quran sebagai panduan hidup perlu diamalkan di rumah sedari anak-anak kecil bagi menyemai ketakwaan mereka kepada Allah.
" Secara ilmiah, al-Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan, mencakupi peraturan hidup, hukum, politik, ekonomi, falsafah, teknologi, pendidikan dan sebagainya. Membaca, memahami isi kandungan al-Quran dapat mendidik hati dan jiwa ke arah ketenangan" jelas Jamawi

Hadir sama di majlis tersebut Ketua Usia Bahagian Tenom Padiuman Haji Abdul Majid dan Pengerusi masjid Ar-Rahman Pekan Tenom Suraimi Magi.

FIKRAHMAYA.BLOGSPOT.COM












0 ulasan:

Catat Ulasan