![]() |
| YAMANI HAFEZ DIDESAK KOSONGKAN PARLIMEN SIPITANG |
SIPITANG : Ahli Parlimen Sipitang Haji Yamani Hafez Musa (gambar) digesa melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen P.178 Sipitang
Desakan tersebut dibuat oleh Parti Warisan bahagian Sipitang yang mendakwa Yamani Hafez telah mengkhianati sokongan rakyat di kawasan itu, yang memilih beliau sebagai Ahli Parlimen pada PRU ke 14 baru baru ini
Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah Mohd Samlih Haji Juaisin (gambar)berkata sehingga kini walau pun Sidang Parlimen telah berlangsung berapa kali,namun kelibat Yamani Hafez mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang masih belum kelihatan
" Keadaan memberikan gambaran yang beliau (Yamani Hafez) seolah olah tidak berminat menjadi ahli Parlimen selain turut mengabaikan amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat yang memilih beliau sebagai ahli Parlimen di kawasan ini" katanya ketika ditemui di sini.
![]() |
| Mohd Samlih ,Yamani Hafez mengkhianati amanah rakyat |
Menurut Mohd Samlih yang juga bekas calon Warisan DUN Lumadan kegagalan Yamani Hafez mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen juga memberikan gambaran yang beliau hanya berminat menjadi ahli Parlimen sekiranya Barisan Nasional memerintah.
" Gambaran ini jelas yang beliau lebih pentingkan kedudukan dan pangkat dari berkhidmat kepada rakyat yang memberikan sokongan kepada beliau selama ini" tegas Mohd Samlih.
Sehubungan dengan itu Mohd Samlih berkata dengan rasa tanggungjawab dan demi keadilan kepada pengundi dan dan rakyat di kawasan ini, beliau wajar meletak jawatan segera dan membiarkan pengundi di P.178 Sipitang untuk memilih wakil rakyat baru yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Sebelum ini viral di media sosial akan ketidakhadiran Yamani Hafez dalam majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen selain kegagalan beliau turun padang menemui rakyat di kawasan ini sebaik dipilih menjadi ahli Parlimen.
" Kami mahu beliau bertanggungjawab terhadap amanah yang kami berikan yang memberikan sokongan padu semasa PRU ke 14 baru baru ini, kami mahu beliau bersama rakyat dalam keadaan susah dan senang ,jangankan dia hadir meninjau masalah rakyat di kawasan ini termasuk kenduri kendara,musibah kematian dan sebagainya wakilnya pun tidak kelihatan, keluh seorang penyokong beliau yang hanya mahu dipanggil Mat Sani'
Tambah Mat Sani beliau dan rakyat di Parlimen Sipitang tidak tahu apa pendirian Yamani Hafez , tetapi beliau menang atas tiket UMNO /Barisan Nasional yang mendapat sokongan dari rakyat justeru ,jika Yamani Hafez tidak berminat biarlah mandat baharu Pilihan Raya Kecil (PRK) dibuat bagi Parlimen Sipitang.
Untuk rekod baru baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff MD Yusof mengingatkan Yamani Hafez agar tampil mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat sebelum hilang kelayakan
Beliau berkata isu itu tidak boleh dibiarkan berpanjangan dan Yamani Hafez patut sedar akan tanggungjawabnya.
Menurut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen yang dipilih perlu mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama.
Mengulas lanjut, Mohamad Ariff berkata Yamani Hafez akan kehilangan kerusi itu sekiranya dia melepasi tempoh enam bulan tersebut.
Berdasarkan pengiraan enam bulan dari hari pertama mesyuarat pertama Dewan Rakyat, Yamani Hafez perlu mengangkat sumpah jawatan sebelum pertengahan Januari tahun depan.








0 ulasan:
Catat Ulasan