![]() |
| Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sempat memperkatakan sesuatu kepada Jamawi selepas pembentangan Bajet Negeri 2019 jumaat lepas di DUN Sabah |
Katanya ,bajet yang bertemakan " Memacu Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat" disifatkan sebagai bajet mesra rakyat bagi memenuhi aspirasi rakyat yang membuat perubahan dengan memilih kerajaan baru dibawah pimpinan parti Warisan Sabah ( Warisan) yang sudah pesti mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini, khususnya bagi memenuhi keperluan pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar.
"Peruntukan sebanyak RM4.16 bilion bagi belanjawan Sabah 2019 dengan mencatatkan lebihan sejumlah RM105.32 juta menunjukkan kerajaan baru dibawah pimpinan parti Warisan telah memulakan rekod terbaik selepas pasca pilihanraya umum ke 14 Mei lepas " katanya ketika ditemui selepas pembentangan bajet kerajaan negeri 2019 di Dewan Undangan Negeri petang jumaat lepas.
![]() |
| Jamawi meneliti teks ucapan Bajet kerajaan Negeri 2019 semasa pembentanganya jumaat lepas di DUN Sabah |
Menurut Jamawi, dari pecahan bajet tersebut sejumlah RM926.73 diperuntukkan bagi melonjakkan lagi pertumbuhan sektor pertanian ,pelancongan dan perindustrian diharapkan Kawasan Kemabong tidak terlepas untuk dari limpahan peruntukan tersebut, memandangkan dua sektor ini pertanian dan pelancongan adalah sektor yang boleh diperkasakan di kawasan ini.
" Kemabong memiliki kawasan pelancongan yang menarik antaranya kampung Rundum yang dikenali dengan kesan sejarahnya dengan kubu peninggalan yang dibina semasa penjajahan British , kawasannya juga berbukit bukau sesuai untuk kegiatan pertanian tanah tinggi seperti tanaman kubis,asparagus tomato,dan lain lain seperti di Kundasang" katanya
Selain itu tambah Jamawi, kampung Rundum juga sesuai untuk kawasan riadah seperti perkemahan, aktiviti hiking serta keindahan alam fauna dan floranya.
Tambah Jamawi satu lagi produk pelancongan yang boleh dimajukan ialah legenda Batu Binatikan yang terletak di kampung Bakuku yang belum begitu dikenali oleh pengunjung dari luar.
" Dengan adanya peruntukan sebegini besar dalam sektor pertanian dan pelancongan ditambah lagi peruntukan terbesar diberikan kepada kementerian pembangunan infrastruktur yang berjumlah RM1,000.94 juta untuk penyediaan prasarana kemudahan asas sudah tentu hasrat rakyat khususnya di kawasan ini untuk melihat jalanraya yang ada dapat dinaik taraf mendorong kedua kedua sektor ini dapat diperkasakan sekali gus mampu merubah taraf siso ekonomi " tambah Jamawi.
Jamawi menambah keperluan untuk menaik taraf sistem perhubungan jalanraya ke kampung Rundum dan Bakuku perlu dilaksanakan bagi memudahkan perhubungan untuk orang ramai ke kawasan ini .
" Selain dari menaik taraf jalanraya ke kampung tersebut banyak lagi jalanraya serta kemudahan lain yang diperlukan di kawasan Kemabong yang akan saya perincikan nanti semasa saya turut mengambil bahagian dalam membahas ucapan Bajet 2019 di DUN Isnin ini (hari ini )' katanya.
Menurut Jamawi tidak mustahil Sabah akan dapat mencatatkan kedudukan yang lebih baik pada tahun hadapan selaras dengan pengumuman Bajet 2019 yang memperuntukkan sejumlah RM 229,89 juta untuk sektor pelancongan yang banyak memberi manfaat kepada industri pelancongan negeri
"Kita berbangga kerana Malaysia selalu dijadikan pakar rujuk oleh pihak lain dalam sektor pelancongan. Malah dengan produk tempatan yang kita miliki termasuk budaya, warisan dan pelancongan berasaskan makan (food tourism) kita mampu menarik lebih ramai pelancong," katanya
Beliau berkata, pemberian peruntukan ini secara tidak langsung bakal merancakkan lagi aktiviti pelancongan dalam negara.
Dalam perkembangan lain Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, dengan keputusan mahkamah tinggi menolak saman yang dibuat oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman telah meletakan Shafie sebagai Ketua Menteri yang sah untuk terus memimpin kerajaan negeri.
"Selepas keputusan ini dimuktamadkan oleh mahkamah tinggi semua pihak pemimpin dan pegawai pegawai kerajaan perlu memokaskan tugas dan tanggungjawab masing masing bagi merealisasikan agenda membangunkan rakyat dan negeri ini selaras dengan perubahan yang dibawa oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Warisan demi kemajuan dan kebaikan rakyat di negeri ini yang mengharapkan perubahan terutamanya pembangunan dan peningkatan taraf siso ekonomi rakyat selari dengan kandungan Bajet negeri 2019" jelas Jamawi.
FIKRAHMAYA.BLOGSPOT.COM








0 ulasan:
Catat Ulasan