Isnin, 19 November 2018

KECERMALANGAN PERLU SEIMBANG LAHIR PELAJAR BERKUALITI: JANNIE

Jannie diiring oleh Hajjah Saadiah memotong riben sebagai simbol perasmian majlis tersebut


PENAMPANG ; Pelajar perlu mempertingkatkan kemahiran insaniah seimbang dengan akademik.

Pembantu Menteri Undang Undang dan Hal Ehwal  Anak Negeri Sabah Jannie Lasimbang berkata, pelajar perlu dilengkapkan dengan enam aspirasi iaitu berpengetahuan, berkemahiran berfikir, boleh memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika ,mempunyai nilai nilai Patriotisme dan  berinovasi selaras hasrat melahirkan pelajar berkualiti dalam era pendidikan masa kini.

“Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dalam akademik semata-mata, sebaliknya seimbang pelbagai aspek dan memainkan peranan dalam masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecermalangan (MAKe) Sk Bahang di dewan terbuka  Sk Bahang Penampang pagi kelmarin

Hadir sama penasihat program yang juga Guru Besar Sk Bahang Hajjah Saadiah Zakaria,Pengerusi Penganjur Draliani Gitom dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Guru Sk Bahang Viola Dompok.


Jannie menyerahkan sumbangan tong sampah' kepada Hajjah Saadiah untuk kegunaan sekolah sempana majlis tersebut

Menurut Jannie sekiranya kompem ini dimiliki oleh pelajar di sekolah tersebut beliau yakin , Sk Bahang dapat melahirkan generasi pewaris kepimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan kecermalangan dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum

Antara jemputan guru guru ibubapa dan pelajar yang hadir ke majlis tersebut

Mengulas program tersebut Jannie yang juga Wakil Rakyat Kawasan Kepayan berkata ,majlis berkenaan perlu dijadikan acara tahunan kerana ia memberi  penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam unit hal ehwal murid dan kokurikulum.

Selain pengiktirafan, ia turut menyuntik semangat pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing.

“Saya sungguh gembira dan berbesar hati dengan usaha warga sekolah yang  bersungguh-sungguh menjayakan majlis anugerah ini.

“Ia memberi peluang terbaik kepada pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah  untuk mempamerkan keupayaan dan kemampuan sebenar mereka meraih gelaran
di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Jannie juga mengingatkan pelajar nilai kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran namun sebaliknya anugreh yang diterima adalah pencetus semangat untuk lebih cemerlang tanpa melupakan rakan rakan yang kurang cemerlang.

" Usaha lupakan rakan rakan yang kurang cemerlang ,bantu mereka berikan dorongan dan motivasi agar boleh bersama mencapai kejayaan" katanya

Jannie juga turut mengingatkan ibubapa pelajar agar terus berganding bahu dan berkerjasama dengan pihak sekolah dan guru guru dimana kerjasama yang mantap merupakan jaringan yang penting bagi mempastikan  kecermalangan dapat bertahan.




0 ulasan:

Catat Ulasan