Ahad, 25 November 2018

TIGA SEKELUARGA RENTUNG DALAM KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG JUNGKON MENUMBOK

Musnah sama sekali ,kejadian kebakaran rumah di kampung JUNGKON Menumbok mengorbankan tiga nyawa

MENUMBOK Tiga sekeluarga ditemui rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Junkon, dekat Menumbok di Kuala Penyu pada malam Ahad .


Dalam kejadian 1.15 pagi itu, mangsa yang rentung ialah Yunir Suhud 80 anaknya, Ismail, 45, serta wanita, Saadah Mumin, 70.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, bomba menemui mayat dua mangsa di bahagian depan pintu utama dan satu lagi mayat dalam sebuah bilik.

Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 1.20 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer dari balai.

Turut berada di Hospital Kuala Penyu Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakimin dimana mangsa adalah pakcik beliau

“Kebakaran membabitkan semua rumah jenis tidak kekal dan kebakaran dapat dikawal pada jam 2.16 pagi.

“Mayat pertama ditemui pada jam 2.24 pagi, disusuli mayat kedua pada jam 2.34 pagi, manakala mayat terakhir ditemui pada jam 4.30 pagi. Katanya

Menurut beliau Operasi ditamatkan pada jam 6.13 pagi manakala punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk proses bedah siasat dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung Jungun pada petang Ahad

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub(tiga dari kanan) turut berada ziarah dilokasi kejadian

Berada dilokasi kejadian Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukrati Wakiman dimana salah seorang mangsa adalah pakcik beliau. Turut Menziarahi Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub,Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort Dikin Haji Musah dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fadzlee Abdullah


0 ulasan:

Catat Ulasan