Isnin, 26 November 2018

TINGKAT CSR BANTU PENDIDIKAN LUAR BANDAR: JAMAWI


Jamawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempana majlis tersebut

TENOM : Lebih banyak syarikat korporat dan swasta digesa untuk tampil membantu Kementerian Pendidikan terutama melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Antaranya termasuk membekalkan bantuan serta kepakaran yang sekali gus dapat memperkasakan lagi pencapaian akademik khususnya bagi sekolah di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar kerajaan  sentiasa terbuka dan menyokong pelbagai usaha murni yang dilaksanakan banyak pihak yang bertujuan memastikan mutu dan pencapaian pendidikan di negara ini berada pada tahap terbaik.

" Kita amat menghargai peranan serta sumbangan daripada syarikat swasta yang masih bersama sama membantu usaha kerajaan memperkasakan sektor pendidikan di negara lebih-lebih lagi menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Justeru, kalau kita boleh sediakan bantuan dan platform seumpama ini saya yakin dan pasti banyak kejayaan membanggakan mampu dicapai oleh pelajar di luar bandar ini," katanya.

Beliau  berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan penyerahan Jejak Asnaf pendidikan 2028/2019 Yayasan Semesta Berdaftar (YSB) dan Syarikat Sime Darby di Ladang Melalap dekat sini pada ahad lepas

Ceria..Jamawi (Tengah) bersama para pelajar yang menerima sumbangan tersebut.

Yang turut hadir  dalam program Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Semesta Berdaftar & Institut Pengajian Al Quran Malaysia)Haji Kasmuri dan  Senior Manager Ladang Melalap dan Sapong Sime Darby Tuan Johamdan

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan pihak sekolah sudah tentu berbesar Dalam menerima apa sahaja bentuk sumbangan tidak kira besar atau kecil asalkan ia mampu untuk menampung keperluan pendidikan kanak-kanak terutamanya dari keluarga yang kurang berkemampuan

“Ia juga jelas menunjukkan bahawa sektor korporat dan swasta  peka akan keperluan pendidikan kanak-kanak supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan" jelasnya

Di majlis tersebut seramai tiga puluh orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan menerima sumbangan berupa beg dan keperluan persekolahan yang lain.



0 ulasan:

Catat Ulasan