Beliau yang mengenapikan pencabar baru Mohd .Ari Nadzrah Abd Rahman dalam pemilihan mesyuarat Agung Usia kali ke 32 di Menara Usia 1 Borneo Sabtu lepas.
Ditemui selepas pengumuman Keputusan Jamawi yang juga Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Mohd menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh para perwakilan untuk menggerakkan belia usia agar dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam gerakan dakwah khususnya dikalangan generasi muda di negeri ini.
![]() |
| Jamawi (tengah) mempengerusikan mesyuarat terakhir ahli jawatankuasa belia Usia Pusat |
" Saya menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan atas kepercayaan memilih saya sekali lagi sebagai Ketua Belia Usia pada pemilihan kali ini,insyallah kita akan meneruskan program program dakwah yang kita laksanakan sebelum ini dan akan memperhebatkanya selari dengan cabaran masa kini" katanya
Menurut beliau era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang semakin kompleks disebabkan peradapan dan kemajuan tamadun kemanusiaan dalam pelbagai aspek kehidupan terutamanya dikalangan generasi muda.
![]() |
| Jamawi (empat dari kiri) mengiringi ketibaan bekas Yang Dipertua Usia Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai ke mesyuarat agung Usia kali ke 32 |
"Dakwah merupakan suatu proses yang dinamik,ia sentiasa bergerak seiring dengan perubahan persekitaran yang sentiasa berubah mengikut setuasi dan keadaan" katanya.
Sehubungan dengan itu menurut Jamawi Belia Usia akan terus melaksanakan kegiatan kegiatan dakwahnya sebelum ini, mengikut zon selain yang dilaksanakan di peringkat bahagian dan cawangan cawangan Belia Usia di seluruh bahagian di negeri ini.
" Sebelum ini kita melaksanakan kegiatan mengikut zon dan tradisi ini kita teruskan agar gerakan dakwah dilaksanakan secara kolektif disamping mengwujudkan kerjasama antara belia Usia bahagian bahagian untuk bergerak dalam satu pasukan dalam melaksanakan program program dakwah" tambah Jamawi.
Dalam perkembangan yang sama Jamawi berharap para pendakwah perlu mempelbagaikan kaedah memperbaiki pendekatan memperkemaskan strategi dan memperkemaskan seluruh dimensi dakwah dengan lebih berkesan agar dapat dinatijahkan dalam budaya hidup masyarakat global sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat.
Tambah Jamawi antara cabaran yang dihadapi oleh umat Islam masa kini ialah cabaran kesatuan dan perpecahan umat Islam yang memberikan implikasi negetif terhadap perkembangan dakwah dan kemajuan negara .
" Umat Islam khususnya golongan belia perlu berwaspada dalam cabaran teknologi maklumat dengan menilai segala maklumat yang diterima di media sosial yang banyak mempaparkan provokasi ,fitnah dan maklumat palsu yang boleh mengundang perpecahan bukan sahaja dikalangan umat Islam ,malah keseluruhan masyarakat yang banyak mengundang kesan negetif kepada keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini" katanya









0 ulasan:
Catat Ulasan