Sabtu, 29 Februari 2020

Kereta terbabas, dua maut, seorang parah

Mangsa dibawa menggunakan Ambulance ke Hospital QEH 1

KOTA KINABALU: 
Dua maut dan seorang parah selepas sebuah Proton Iswara yang hilang kawalan terbabas di bahu jalan di Jalan Kepayan, berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini, kira-kira pukul 5.28 pagi ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 5:28-pagi bersama 13-anggota, 1 buah jentera FRT, 1 buah jentera EMRS serta 2 buah motorsikal Unit RIM. Operasi diketuai PBK II Zainuddin Saidi. 


Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit

Menurut komander operasi, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Proton Iswara Aeroback telah terbabas sendiri dibahu jalan. Terdapat tiga mangsa terperangkap didalam kenderaan tersebut (2 lelaki dewasa, 1 perempuan dewasa). 

Seorang Mangsa lelaki didapati cedera parah dan telah diberikan rawatan awal seterusnya dihantar ke Hospital QEH oleh jentera EMRS manakala 2 orang mangsa yang lain telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak ambulans dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya. 

Mangsa yang maut adalah, Miarah Lawi, 62-tahun dan Suhaidi Wahid, 35-tahun. Berdasarkan kad pengenalan diri, kedua-dua mangsa beralamat di Kinarut, Papar. 

Sumber/Foto :Bomba 

1 ulasan:

  1. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    Well over 160000 women and men are utilizing a easy and SECRET "water hack" to burn 2 lbs each and every night in their sleep.

    It is very easy and works on everybody.

    Here's how to do it yourself:

    1) Grab a drinking glass and fill it half the way

    2) And now use this awesome HACK

    and be 2 lbs thinner the next day!

    BalasPadam