Jumaat, 28 Februari 2020

Potensi Kanak-Kanak Harus Digilap Dari Peringkat Awal

Arifin (tengah) bersama kumpulan Ar Rayyan dari SK Bandau yang menjadi   Johan   nasyid sempana Mahrajan Al Quran Dan Kesenian Islam tersebut 

MEMBAKUT :Bakat dan potensi kanak-kanak perlu digilap dari usia muda bagi membentuk generasi yang berilmu dan mampu memimpin negara pada masa akan datang.

Ahli dewan undangan negeri  kawasan Membakut Datuk Haji Mohd.Arifin Arif berkata ianya perlu agar mereka  menjadi insan yang berguna apabila mereka dewasa nanti.

“Potensi kanak-kanak perlu digilap sejak kecil lagi dan dengan didikan yang betul, mereka  berupaya menjadi manusia yang menyumbang kepada kemajuan negara.

“Ini kerana setiap anak-anak kecil ini merupakan aset penting bagi negara dan tumpuan sepenuhnya harus diberikan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmianya di majlis Mahrajan Al-Quran dan kesenian Islam Sk Zon Membakut di Sk Tiong Baru dekat sini kemarin.


Arifin (dua dari kiri) menyampaikan piala kepada Guru Besar Sk Pekan Membakut yang menjadi johan keseluruhan Mahrajan Al-Quran dan Kesenian Islam 2020 bagi peringkat sekolah- sekolah Kebangsaan Zon Membakut

Mahrajan AL Quran dan Kesenian Islam tersebut diserikan dengan pengisiannya pertandingan tilawah, hafazan, daie celik (sebelum ini  istilahnya pertandingan bercerita) dan pertandingan nasyid

Menurut Arifin melalui program-program yang berbentuk ko-kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah bakat kanak-kanak mampu dicungkil dan dipupuk.

“Program hari ini merupakan satu platform terbaik bagi kanak-kanak ini menunjukkan kebolehan mereka selain memupuk minat dan kreativiti di peringkat awal" katanya 

Mengambil contoh bakat bertilawah dan mendekati al Quran sedari kecil akan membimbing anak anak ke jalan yang benar sebagaimana ajaran yang terkandung dalam kitab suci 
Al-Quran.

"  Begitu juga dalam pertandingan  daei celek akan menguji keterampilan kanak-kanak untuk mengasah bakat mereka  bersyarah dan mengemukakan idea serta berdakwah " katanya.

 Dalam pada itu Arifin yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kimanis mengingatkan ibubapa agar jangan lupa peranan guru-guru 
yang bertungkus-lumus untuk mendidik anak-anak yang bukanya mudah  kerana kerana faktor usia muda dalam lingkungan empat hingga enam tahun.

“Tanpa mereka, anak kita tidak mampu dididik dengan baik dan bakat mereka mungkin tidak dapat dicungkil seperti sekarang,” tegasnya lagi.



1 ulasan:

  1. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    Well over 160,000 men and women are trying a easy and SECRET "liquid hack" to drop 1-2 lbs every night while they sleep.

    It is very easy and works with anybody.

    Here's how you can do it yourself:

    1) Hold a clear glass and fill it half the way

    2) Now use this awesome hack

    and become 1-2 lbs skinnier when you wake up!

    BalasPadam