Sabtu, 1 Februari 2020

Inisiatif lahirkan jurulatih berwibawa


Jamawi (tengah) bersama peserta yang menyertai kursus tersebut

TENOM : Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) daerah Tenom  mahu lebih banyak kursus jurulatih diadakan di peringkat daerah  sebagai inisiatif melahirkan lebih ramai jurulatih berwibawa di negeri ini.

Naib Presiden SAFA Daerah Tenom Jamawi Jaafar berkata Sabah masih kekurangan jurulatih berkelayakan dan usaha perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk menambahnya.


Jamawi menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus tersebut

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha diketengahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama SAFA Daerah JJFC dan Pejabat Pendidikan Daerah Tenom yang menganjurkan kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM selama dua hari berlangsung di Padang Pekan Tenom baru baru ini.

“Jurulatih memainkan peranan penting dalam pembangunan bola sepak di negeri ini dan melalui penganjuran kursus  ini kita percaya dapat melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan berwibawa" 

“Saya berharap peserta terlibat menterjemahkan dan memanfaat sepenuhnya ilmu diperolehi sepanjang kursus itu untuk membangun dan mengembangkan sukan bola sepak di kawasan masing-masing,” katanya pada majlis penutupan kursus itu  di dewan SJKC Tsi Sin Tenom baru baru ini.
Jamawi menyampaikan cendera kenangan kepada salah jurulatih j kursus Muhammad Taufiq Cheng
Seramai 30 orang peserta menyertai kursus ini yang dibimbing oleh Pemaju Jurulatih Akar Umbi FAM Muhammad Taufiq Cheng dan dibantu oleh Aminuddin Hussin. 

Menurut Jamawi yang juga Wakil Rakyat Kawasan Kemabong  generasi baharu jurulatih yang berpengetahuan tinggi dan berwibawa sangat penting untuk meneruskan legasi kecemerlangan bola sepak di negeri ini.

“Jurulatih-jurulatih baharu ini akan menambah percambahan idea konstruktif dan terkini yang amat kita perlukan bagi membawa bola sepak Sabah khususnya di daerah ini  ke satu tahap lebih tinggi.


Sebahagian dari peserta sedang menjalani latihan

 Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Presiden JJFC berharap agar jurulatih  akar umbi, memanfaatkan ilmu yang diperolehi dalam kursus ini semaksimanya,bukan sekadar untuk memiliki sijil semata-mata sebaliknya ilmu yang ada perlu dikembangkan dan dipeturunkan kepada pemain dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, demi pembangunan bola sepak daerah, negeri dan negara. 

Katanya Jurulatih perlu melihat dan mencontohi bagaimana pembangunan bola sepak yang dibangunkan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sehingga berjaya melahirkan pemain pemain yang berwibawa 

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Tenom merangkap Setiausaha SAFA daerah Tenom  Martinus Lunggeh dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Zainudin Jalani .

0 ulasan:

Catat Ulasan