![]() |
| Jamawi semasa mengadakan perbincangan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Ridzuan Yusuf |
Katanya , ia jelas dilihat menerusi komitmen dan usaha keras pelbagai peringkat pucuk kepimpinan.
Katanya, ia termasuk pihak kepimpinan politik, kepimpinan masyarakat kepimpinan sekolah dan guru-guru yang tidak pernah jemu meningkatkan prestasi serta kecemerlangan anak sehingga peringkat akar umbi.
Untuk tujuan itu juga, katanya, Pusat Khidmat DUN Kemabong akan terus memantau prestasi anak selain merangka agenda dan program bermatlamatkan untuk mencapai taraf pendidikan cemerlang pelajar khususnya di Kawasan DUN Kemabong.
" Beberapa perancangan dan kegiatan telah kita rangka dan laksanakan antaranya ialah meningkatkan kemudahan prasarana pendidikan selain program program motivasi dan bantuan bantuan dalam bidang pendidikan" katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Ridzuan Yusuf di pejabat pendidikan daerah Tenom kemarin.
Turut serta Pemimpin Pembangunan masyarakat Kemabong Burnley Balang dan kakitangan pejabat pendidikan daerah Tenom
Dalam Perjumpaan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan antaranya
Cadangan pembinaan SMK Kuala Tomani.
"Secara rasmi Lembaga Industri Getah Sabah ( LIGS ) telah bersetuju menyerahkan 30 ekar tanah untuk tapak pembinaan ,saya berharap proses mendaftarkan di pesuruhjaya tanah Persekutuan dapat disegarakan "
" Kita juga meminta agar tajuk projek ini dapat disenaraikan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke 12 kelak." Katanya.
Selain itu Jamawi berkata cadangan membina SK Kemabong di tapak yang baru dengan penambahan keluasan tapak tanah dari pihak LPPB telah diusahakan dan berharap dapat dibawa dalam mesyuarat LUC tanah daerah Tenom akan datang.
Dalam pada itu Jamawi berkata cadangan pembinaan asrama desa di Kemabong Lama akan dilaksanakan pada tahun ini dimana Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick telah meluluskan peruntukan khas sebanyak seratus ribu untuk melaksanakan projek ini.
"Bidang Pendidikan merupakan bidang yang menjadi prioriti , saya berharap dengan adanya kerjasama dari semua pihak melaksanakan pelbagai program pendidikan secara kolaborasi tahap pendidikan di kawasan ini akan dapat terus diperkasakan" katanya







0 ulasan:
Catat Ulasan