![]() |
| Jamawi menyerahkan replika kunci kepada pengerusi MPKK kampung Tilis sebagai simbol perasmian majlis tersebut. |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kerajaan negeri dan pusat banyak menyalurkan projek untuk rakyat menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP).
“Kemudahan seperti dewan masyarakat rumah-rumah ibadat, chapel, balai raya dan balai budaya perlu dijaga bersama agar ia dapat memberi manfaat kepada penduduk,” katanya pada Majlis ramah mesra dan penyerahan kunci Dewan Serbaguna Kampung, Tilis dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Jamawi memberikan tunjuk ajar cara mencentum durian musang king kepada penduduk kampung sempana program tersebut |
Jamawi mengambil contoh terdapat dewan serbaguna yang baharu siap dan lain lain kemudahan yang disediakan oleh kerajaan walaupun baharu dibina rosak akibat dari perubatan vandalisme.
“Saya amat berharap penduduk kampung atau Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Komuniti kampung (MPKK) menjaga semua kemudahan yang disediakan kerajaan di kampung mereka ,” jelasnya.
![]() |
| Jamawi bersalaman dengan penduduk kampung sejurus tiba ke majlis tersebut. |
“Masyarakat perlu bersama-sama menjaga fasiliti itu dengan baik seperti milik bersama dan menjaga kebersihannya,” jelasnya.
Selain dari itu Jamawi berkata kemudahan yang disediakan oleh kerajaan perlu digunakan sebagai pusat komuniti kampung dalam melaksanakan pelbagai kegiatan yang menjurus kepada semangat perpaduan di kalangan penduduk setempat.
![]() |
| Jamawi meninjau kebun durian penduduk kampung Tilis selepas majlis tersebut. |
" Dengan sedikit pengalaman yang ada saya akan bantu penduduk kampung yang menguasahakan tanaman durian musang king bagi mendapatkan hasil buah yang berkualiti" katanya.
Jamawi yakin tanaman durian musang king berdaya maju jika diusahakan secara serius khususnya di kawasan Kemabong dan akan menjadi penjana sumber ekonomi penduduk tempatan memandangkan harga di pasaran bagi durian musang king pada ketika ini begitu amat menggalakan .
Turut hadir di majlis tersebut Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamaludin Kamarudin dan Pemimpin pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang.










0 ulasan:
Catat Ulasan