![]() |
| Jamawi ketika meninjau benteng hakisan yang telah siap dilaksanakan di sungai kampung Bamban |
KEMABONG : Kebimbangan penduduk kampung Bamban selama ini terhadap hakisan tebing sungai yang berlaku terutamanya bagi penduduk yang rumah mereka yang berhampiran sungai Bamban telah berakhir.
Kebimbangan ini telah disuarakan oleh penduduk kampung kepada Wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar tahun lepas yang bertindak segara memaklumkan dan memohon peruntukan dari kerajaan bagi membina benteng hakisan di kawasan yang terlibat .
Jamawi selepas melancarkan pusat pelancongan komuniti kampung Bamban baru baru ini turut meluangkan masa hampir sejam meninjau kawasan tersebut yang mana pembinaan benteng penghadang telah pun siap dilaksanakan.
" Hari ini penduduk kampung terlibat menarik nafas lega hakisan tebing sungai yang berlaku sehingga menghampiri kawasan rumah mereka telah pun diatasi dengan siapnya perlaksanaan projek membina benteng ini" katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke kawasan tersebut baru baru ini.
Jamawi yang juga pengerusi kelab penyokong kerajaan menzahirkan terima kasih kepada kerajaan khususnya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran yang mengambil tindakan proaktif menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek tersebut.
Selepas meninjau projek tersebut pemimpin yang sentiasa cakna kepada masalah rakyat ini, meneruskan program ziarah kepada beberapa penduduk kampung terutamanya mereka yang berhadapan dengan musibah seperti sakit dan lain lain.
![]() |
| Jamawi menziarahi salah seorang penduduk kampung Bamban yang sakit . |
Katanya program ziarah ini adalah program yang sering dilakukan oleh beliau di kawasannya dimana selain bertanya khabar program ziarah juga dapat mendekati rakyat di peringkat akar umbi khususnya dalam menyelami masalah yang mereka hadapi.
" Program ziarah ini secara langsung kita akan berhadapan dengan rakyat dan mana mana keperluan atau masalah yang perlu mendapat bantuan atau tindakan segara kita akan laksanakanya" katanya









0 ulasan:
Catat Ulasan