Rabu, 26 Februari 2020

KEKALKAN DAN PERTINGKATKAN KEJAYAAN :ARIFIN

Arifin menyampaikan hadiah kepada Pengetua SMK Membakut II atas kejayaan sekolah tersebut mencapai lulus seratus peratus STPM

MEMBAKUT: Ahli dewan undangan Negeri kawasan Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif berharap momentum kejayaan dua buah sekolah menengah di daerah ini SMK Membakut dan SMK Membakut II yang mencapai kejayaan seratus peratus lulus STPM 2019  wajar dipertahankan serta dipertingkatkan.


Katanya kejayaan ini  membuktikan pelajar luar bandar juga mampu bersaing dengan pelajar di kawasan bandar jika mereka fokus dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran.


Selain itu tambah beliau komitmen sekolah ,guru guru ,pelajar disamping sokongan serta kerjasama daripada ibubapa pelajar yang menjadi penggerak kepada kejayaan yang cukup membanggakan ini .

' Sebagai pemimpin di kawasan ini saya cukup berbangga dengan kejayaan ini ,  ianya selari dengan  gagasan " membangun dengan ilmu" sebagai fokas utama  saya dalam menyediakan modal insan yang berkualiti dan cemerlang bagi mendepani cabaran pada masa akan datang" katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan  ke dua dua buah sekolah ini selain menyampaikan sumbangan tahunan untuk sekolah dan PIBG juga hadiah mendapat keputusan 100% keputusan STPM baru baru ini.

Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan ini beliau amat menghargai kesungguhan guru guru yang mendidik selain tumpuan pelajar sehingga membawa kepada kejayaan yang membanggakan bagi daerah Membakut.

Menurut beliau apa yang lebih membanggakan seorang pelajar dari SMK Membakut II Alexander Paulah adalah antara pelajar terbaik Sabah dalam STPM 2019

Arifin melihat keputusan Alexender sambil diperhatikan ayahnya Paulah semasa berkunjung ke kediaman beliau baru baru ini.

" Pada masa akan datang sudah tentu kita ingin menampilkan  lebih ramai lagi pelajar seperti beliau (Alexander) bagi mencapai tahap keputusan cemerlang dalam peperiksaan bukan sahaja STPM juga SPM dan PMR" tambah Arifin.

Menurut Arifin yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kimanis kebanyakan pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik disebabkan mereka berjaya mendisplin diri semasa belajar selain rajin mengulang kaji di rumah dan memanfaatkan kemudahan lain seperti enternit untuk memperolehi rujukan tambahan.

Tambah Arifin sumbangan tahunan dari peruntukan ADUN untuk kegiatan sekolah dan PIBG akan diteruskan untuk dimanafaatkan oleh pihak sekolah dan PIBG  untuk digunakan bagi  kegiatann kurikulum dan Ko-Kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah 

“ Saya melahirkan harapan melalui sumbangan tahunan ini ianya sedikit sebanyak  turut memberikan anjakan kepada kecermalangan pendidikan di daerah ini" katanya



0 ulasan:

Catat Ulasan