![]() |
| Guru Besar Sk Melalap Wak Sugiyanto memotong riben sebagai simbol pelancaran program tersebut |
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Melalap , Wak Sugiyanto Trimo berkata menerusi program itu sekolah juga dapat digalakkan untuk terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai budaya membaca.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Program Nilam dan Semai peringkat Sk Melalap dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Guru Besar Sk Melalap Wak Sugiyanto menyampaikan bahan bacaan kepada salah seorang pelajar sempana program tersebut |
Beliau berkata Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan kepada pelajar dalam galakan suka membaca buku.
Menurut beliau kejayaan bangsa amat berkait rapat dengan tahap penguasaan ilmu pengetahuan dan ilmu hanya dapat dikuasai dengan budaya membaca yang tinggi.
Sehubungan dengan itu Sugiyanto mengajak ibubapa agar terus memberikan galakan kepada anak-anak mereka mengamalkan budaya membaca terutamanya bahan bahan bacaan yang boleh menambah ilmu pengetahuan mereka.
" Sebagai ibubapa kita seharusnya memberikan galakan serta dorongan kepada anak anak kita mengamalkan budaya membaca dan mengorbankan sedikit kewangan untuk membeli bahan bahan bacaan yang boleh memberikan nikai tambah ilmu pengetahuan kepada anak anak kita " katanya.
Tambah Sugiyanto ibubapa juga perlu memberikan galakan kepada anak anak mereka ke Perpustakaan kerajaan yang berdekatan yang menyediakan pelbagai bahan bacaan umum dan berbentuk ilmu pengetahuan.
" Apabila anak anak kita terdidik dengan budaya membaca ini akan memudahkan mereka mengingati perkara perkara penting terutamanya yang berhubung kait dengan pembelajaran mereka di sekolah sekali gus dapat membantu mereka mencapai kejayaan dalam peperiksaan" tambah Sugiyanto








0 ulasan:
Catat Ulasan