![]() |
| Arifin (lima dari kiri ) ketika melancarkan pertandingan tersebut |
Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Membakut (ADUN) Datuk Haji Mohd Ariffin Arif berkata Mahrajan Persuratan Sabah kali ke 9 dijadualkan akan berlangsung di Membakut dari 3 hingga 4 April depan anjuran bersama Pejabat ADUN Membakut,Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah,JHEAINS,RTM, MUIS,BAHASA ,pejabat Daerah dan PMBS
" Bagi menyemarakan kesusteraan khususnya dalam karya puisi berunsurkan Islam sempana Mahrajan Persuratan Islam kali ini kita menambah satu lagi kegiatan iaitu pertandingan menulis puisi berunsurkan Islam peringkat sekolah menengah negeri Sabah " katanya ketika ditemui selepas melancarkan pertandingan tersebutdekat sini kemarin.
Menurut Arifin pertandingan menulis puisi berunsurkan Islam bagi peringkat ASEAN juga diteruskan pada Marhajan kali ini dimana ianya merupakan kali ke 5 dianjurkan dan sebelum ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penyair penyair ASEAN seperti dari Malaysia Brunei,Indonesia dan Singapura
" Tahun ini adalah kali ke 9 kita menganjurkan Mahrajan persuratan dan kesenian Islam dimana program ini boleh menyumbang kepada sektor pelancongan selain ilmu dan sastera" katanya.
Selain itu menurut Arifin lagi penglibatan penulis, penyair, sasterawan dan budayawan dari negara negara ASEAN dan tanah air boleh dijadikan wadah memperkukuhkan silaturahim sastera dan menjadi pemersatu ikatan ukuwah nusantara melalui seni dan sastera
" Selain itu program ini juga dapat membantu memperkasa sastera dan seni yg lain termasuk khat / kaligrafi Islami" katanya
Tambah Arifin yang juga Ketua Bersatu bahagian Kimanis pada Mahrajan kali ini penganjur akan melancar Jurnal Mahrajan bagi mendokumentasi maqalah yang dibentang sempena Nadwah/ seminr sastera dalam aktiviti mahrajan
" Pada Mahrajan kali ini kita juga ada kenduri sastera memperkenalkan makanan tradisi iaitu kelupis kepada tetamu dari ASEAN dan proses membuat kelupis" katanya.
![]() |
| Arifin (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut |








0 ulasan:
Catat Ulasan