Jumaat, 7 Februari 2020

HAK PELAJAR LUAR BANDAR TIDAK DINAFIKAN: JAMAWI


Jamawi bersama Pengerusi  Biro Seranta (PERWISA) Zainatunnisa Ibrahim,Guru Besar Sk Rundum Jamiol@Mohd Rezzal Masikun  menyampaikan bantuan kepada para pelajar di Sk Rundum.

KEMABONG :  Ahli dewan
Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata hak sekolah luar bandar mendapat bantuan dan kemudahan setara dengan sekolah di bandar tidak wajar dinafikan.

Beliau  menegaskan, pelajar luar bandar mampu mencatat keputusan akademik lebih cemerlang jika sekolah mereka diberi kemudahan mencukupi seperti di bandar.

"Hak sekolah luar bandar mendapat bantuan dan kemudahan secukupnya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

"Malah, ada sesetengah sekolah luar bandar didapati menunjukkan prestasi lebih baik berbanding sekolah bandar seperti di" katanya.


Jamawi bersama ,Pengerusi  Biro Seranta (PERWISA) Zainatunnisa Ibrahim,Guru Besar Kapulu Fred Gugau bersama pelajar pelajar Sk Kapulu yang menerima sumbangan  

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan awal persekolahan yang disumbangkan oleh Persatuan Isteri Wakil Wakil Rakyat Sabah (PERWISA)

Hadir sama senator Datuk Theodore Douglas Lind,Pengerusi  Biro Seranta (PERWISA) Zainatunnisa Ibrahim,Guru Besar Sk Rundum Jamiol@Mohd Rezzal Masikun  dan 
Guru Besar Sk Kapulu Fred Gugau@Mohd Riduan .

Jamawi yang juga Pengerusi  Kelab  Penyokong Kerajaan berkata, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama menyediakan kemudahan kepada sekolah luar bandar.


Jamawi bersama senator Datuk Theodore Douglas Lind,Pengerusi  Biro Seranta (PERWISA) Zainatunnisa Ibrahim,Guru Besar Sk Rundum Jamiol@Mohd Rezzal Masikun  dan pelajar bersama kumpulan tarian singa yang hadir membuat persembahan sempana program tersebut.

Katanya, sekolah luar bandar perlu diberi hak setara mendapat bantuan dan kemudahan secukupnya, terutama alat bantuan mengajar dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.


"Penyerahan bantuan hari ini adalah penterjemahan pelajar dan murid dari luar bandar juga perlu dilengkapi segala kemudahan" katanya.



ketibaan Jamawi  bersama isteri Pengerusi  Biro Seranta (PERWISA) Zainatunnisa Ibrahim disambut oleh pelajar pelajar Sk Rundum 

Dalam pada itu tambah Jamawi kerajaan akan terus memperkasakan sektor pendidikan di negeri ini dengan menyediakan pelbagai peruntukan antaranya menambahbaik prasarana pendidikan dan bantuan untuk pelajar terutamanya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan pembelaan.


Sementara itu Zainatunnisa yang mewakili (PERWISA) ketika ditemui berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial persatuan kepada masyarakat khususnya pelajar di kawasan luar bandar .

Katanya melalui sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban ibubapa khususnya yang berpendapatan rendah dalam menyediakan keperluan pendidikan untuk anak-anak mereka.

" Usaha ini selari dengan dasar kerajaan untuk menjana modal insan cermalang dimana melalui pendidikan yang baik dan sempurna bukan sahaja boleh merubah kehidupan pelajar, masyarakat malah negara" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan