Ahad, 2 Februari 2020

PUSAT PELANCONGAN KOMUNITI KAMPUNG BAMBAN JANJIKAN KELAINAN


Jamawi tertarik dengan hasil kraftangan yang dipemirkan dipusat tersebut.
KEMABONG :Pusat Pelancongan berasaskan komuniti di kampung Bamban yang disifatkan berlainan dari Pusat pelancongan Komuniti  yang lain di daerah ini  dan  bakal menjadi tarikan pelancongan terbaharu di Kemabong.

Jamawi memalu gong sebagai simbol perasmian pusat pelancongan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, pusat pelancongan Komuniti yang berkonsepkan pelancongan berasaskan Budaya Suku Kaum Murut meliputi baju kebudayaan, tarian, kraftangan, makanan tradisi dan keindahan kampung serta air terjun yang terdapat di kampung ini diyakini mampu menarik orang ramai khususnya pelancongan dari luar.

“Pusat pelancongan yang diusahakan oleh penduduk kampung melalui Koperasi
Bamban Pasisimpungan Kemabong Berhad ini merupakan yang ke lima diwujudkan di daerah ini" katanya ketika ditemui selepas merasmikan pusat pelancongan tersebut di kampung Bamban dekat sini baru baru ini.
Anak gadis suku kaum Murut dengan pakaian tradisional mereka.
Menurut Jamawi yang Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan pengwujudan pusat pelancongan berasaskan komuniti di kampung Bamban ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan di Sabah dan Kemabong khususnya

Antara hasil kraftangan yang dibuat oleh penduduk setempat.
" Pengwujudan  Pusat Pelancongan komuniti di kampung Bamban saya harapkan turut menaja sumber pendapatan penduduk kampung melalui penghasilan kraftangan ,budaya dan lain lain untuk dipasarkan kepada pengunjung yang melawat ke sini" katanya.

Jamawi bersama komuniti setempat 
Dalam hubungan lain Jamawi juga berharap oleh kerana Kemabong ketika ini sedang bergerak dalam sektor pelancongan terutamanya berasaskan komuniti masyarakat setempat perlu mengutamakan kebersihan dan kawasan sekitarnya terus terpelihara .

 "Saya menyeru kepada semua orang agar terus menjaga kebersihan bagi memelihara keindahan kawasan pelancongan ini,” katanya

Jamawi bersalaman dengan penduduk sejurus tiba ke majlis tersebut
Di majlis itu juga Jamawi turut  meluluskan peruntukan untuk menaik taraf lansaran yang sudah lama tidak di gunakan agar ianya menjadi tarikan utama pelancong  ke Balai Budaya kampung  Bamban  

Turut hadir Wakil Perbadanan Pelancongan Sabah bahagian Keningau Julianus Jeffery ,Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang 
pengerusi koperasi
Bamban Pasisimpungan Kemabong Berhad Herry Johnson Kulipo dan wakil ketua anak negeri mukim Paal Hailly Jamihiuketua kampung Bamban Udang Sungak dan pengerusi MPKK kampung Bamban Mastinah Paun.











0 ulasan:

Catat Ulasan