Isnin, 3 Februari 2020

Belia berperanan kekalkan keharmonian negara

Jamawi bersalaman dengan ahli ahli Youth Malaysian Movement, Tenom sejurus tiba di majlis itu..

TENOM: Malaysia telah mencapai 62  tahun usia kemerdekaannya ,pelbagai kemajuan dan transformasi telah dilaksanakan, namun usaha ini hendaklah diteruskan oleh golongan belia.

Ahli  dewan undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata,masa  depan negara terletak kepada keupayaan serta peranan golongan belia dalam memastikan pembangunan negara sentiasa terjamin selaras dengan usaha negara untuk melestarikan falsafah negara maju , harmoni dan terus membangun 


Jamawi menerima cendra kenangan dari penganjur selepas merasmikan majlis tersebut

Katanya dalan  usaha membangun belia di negara ini,  kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan belia melalui penyediaan berterusan program-program pembangunan kapasiti, kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fizikal.

"Selain itu, pihak kerajaan juga amat menitikberatkan tahap kualiti pendidikan latihan,kepimpinan dan jati diri  bagi golongan belia dimana eleman ini amat penting dalam menyediakan pemimpin pelapis bagi meneruskan agenda pembangunan negara " katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Youth Malaysian Movement, Tenom di Dewan SJK Chung Hwa baru baru ini.

Jamawi disambut dengan tarian singa sejurus tiba di majlis tersebut 

Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berharap golongan  belia perlu memikirkan tanggungjawab dan peranan yang bakal mereka pikul dan galas pada masa depan.

''Memandangkan rintangan yang perlu ditempuhi oleh pemimpin negara pada masa kini amat mencabar, maka sudah tentu rintangan yang bakal ditempuhi oleh belia yang akan mewarisi tampuk pentadbiran negara, masyarakat atau sesebuah organisasi masa depan lebih mencabar" katanya 

''Oleh itu, belia wajar diberi peluang untuk sama-sama terlibat di dalam urusan dan pentadbiran sesebuah organisasi mahupun masyarakat,'' ujarnya.

Menurut beliau amat penting semua  pihak, kerajaan badan bukan kerajaan dan masyarakat memastikan belia dipimpin dengan sebaik-baiknya dan belia pula harus melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang tinggi, kemahiran yang relevan untuk pembangunan ekonomi di samping berpegang pada nilai-nilai yang boleh menyumbang kepada kestabilan sosial di negara ini.




0 ulasan:

Catat Ulasan