Sabtu, 22 Februari 2020

Pelajar perlu kuasai Bahasa Inggeris untuk berdepan cabaran IR4.0

Jamawi , Dr.Zainab Lian Fee Choo bersama penceramah lain dan pelajar SMK Kemabong di majlis tersebut.
KEMABONG  : Ahli Dewan undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata , pelajar perlu mempelajari serta menguasai kemahiran berbahasa Inggeris  dalam mendepani Revolusi Industri (IR) 4.0

Beliau berkata  bidang  sains, seperti pengatucaraan komputer, kepintaran buatan (AI) dan lain-lain dalam bidang teknologi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Sehubungan dengan itu katanya pelajar perlu menguasai kemahiran dalam IR4.0 kerana banyak peluang pekerjaan baharu akan wujud pada masa akan datang.

"Di era IR4.0 ini, kurikulum kita mesti menjurus kepada IR4.0, kita perlu akui bahasa teknologi IR4.0 adalah berasaskan bahasa Inggeris. Sains, robotik, pengaturcaraan, semuanya berteraskan bahasa Inggeris.

Jamawi (kiri) menyaksikan Pengetua Cemerlang SMK Kemabong  Lian Fee Choo menyampaikan cendera kenangan kepada Dr.Zainab Kasim selepas majlis tersebut.
"Kalau nak kuasai segmen itu kita memerlukan penguasaan bahasa Inggeris   ," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Program “Motivation And Engaging The Audience” bersama pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 atas di SMK Kemabong baru baru ini.

Program yang diisi dengan ceramah dan motivasi itu dijayakan bersama oleh doktor pakar di King College Hospital, UK) serta pengasas Sabah English Aspiration Society (SEAS) Dr Zainab Kasim ,Dr Burhanudin Busu ,Redzuan Abd Ghani dan Rasheddah Zakaria dari Berani Speaking .Com juga turut dihadiri oleh Pengetua Cemerlang SMK Kemabong Lian Fee Choo.


Jamawi sambil disaksikan Dengan.Zainab dan Pengetua Cemerlang SMK Kemabong Lian Fee Choo menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar sempana program tersebut.

Menurut Jamawi  yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dengan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris memberi peluang kepada  mereka membina masa depan lebih cerah ,ini disebabkan banyak peluang-peluang pekerjaan dan kepakaran baharu yang tidak pernah ada pada masa ini akan wujud kesan daripada IR4.0.

"Kita perlu lengkapkan diri  dengan kemahiran IR4.0 dan kebanyakan kemahiran ini yang mana bahasa untuk memahaminya adalah bahasa Inggeris justeru tidak perlu wujud  rasa malu dan segan dan tidak yakin untuk  mempelajari bahasa inggeris ," katanya lagi.

Tambah Jamawi beliau bersetuju cadangan  perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  baru baru tentang kajian pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan menggunakan sistem baharu bagaimana pun beliau menambah sebelum cadangan ini dilaksanakan kemudahan dan prasarana pendidikan yang berkualiti dan efisien perlu dilaksanakan khususnya di kawasan sekolah luar bandar di negeri ini.

Mengulas program tersebut Jamawi berkata ianya merupakan satu pendekatan bagi memberikan anjakan paradigma kepada pelajar khususnya diluar bandar agar memberikan perhatian kepada subjek bahasa Inggeris dengan memberikan mereka motivasi dan bimbingan yang berkesan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris.

" Lanjutan dari program ini pada bulan Ogos akan datang kita juga akan menganjurkan program English Camp di kawasan DUN Kemabong" tambah Jamawi 

Pada majlis tersebut SEAS juga turut menyampaikan bantuan buku-buku English yang disumbangkan oleh orang ramai untuk diagih-agihkan ke berapa buah sekolah rendah di kawasan DUN Kemabong.









0 ulasan:

Catat Ulasan