![]() |
| Guru Besar Sk Melalap Sugiyanto Trimo menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar yang mencapai tahap kehadiran seratus peratus |
Guru Besar Sk Melalap Sugiyanto Trimo berkata program tersebut diperkenalkan bagi mengwujudkan sikap kasih sayang selari dengan hasrat sekolah dalam membentuk keluarga bahagia teruatamanya dalam aspek membabitkan disiplin dan masalah pelajar yang menjadi fokus utama.
“Melalui pengenalan program ini kita akan mengamalkan budaya cakna bukan sahaja dikalangan guru guru tapi melibatkan pelajar dan ibubapa dalam menangani masalah pelajar termasuklah masalah pelajar yang seringkali ponteng ke sekolah" katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Guru Penyayang dan Sifar Ponteng peringkat sekolah itu di dewan terbuka Sk Melalap baru baru ini.
![]() |
| Guru Besar Sk Melalap Sugiyanto Trimo (tengah) bersama penolong penolong kanan,guru guru dan pelajar ketika melancarkan program tersebut |
“Tujuan kita adalah untuk membantu pelajar ini daripada terus tersisih, sekali gus boleh mengundang risiko dalam kes salah laku yang lebih serius,” katanya.
![]() |
| Penolong Kanan Kokum Ismail Aliasgar turut menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar yang mencapai tahap kehadiran seratus peratus ke sekolah |
Menurut beliau lagi program tersebut adalah hasil cetusan idea guru guru dengan kerjasama persatuan ibubapa guru dengan menggabungkan pelbagai aktiviti dengan kerjasama pengurusan sekolah untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif.
“Program lawatan ke rumah rumah pelajar yang bermasalah antara aktiviti yang dilaksanakan menerusi program ini. Jadi, kami amat berharap masalah disiplin dan sosial pelajar dapat ditangani sebaiknya,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Sugiyanto berkata pihak sekolah juga turut memberikan hadiah kepada pelajar yang hadir seratus peratus ke sekolah semasa sesi persekolahan.
Katanya Anugreh ini sebagai penghargaan pihak sekolah kepada pelajar disamping memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada para pelajar agar rajin ke sekolah kecuali disebabkan faktor sakit,musibah dan lain lain yang disertai dengan bukti yang kukuh.









0 ulasan:
Catat Ulasan