![]() |
| Arifin (tengah) bersama kepimpinan baharu PMBS |
Beliau yang memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi PMBS setelah mengenapikan pencabarnya Datuk Ag Ahmad Shah Datuk Hj Ag Sahri dalam mesyuarat agung Persatuan itu yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar pada Sabtu lepas.
![]() |
| Arifin turut membuang undi bagi pemilihan ahli jawatankuasa baharu PMBS |
Sementara itu Datuk Pengiran Haji Saifuddin Pengiran Tahir dan Pengiran Haji Jaafar Pengiran Othman masing masing dipilih untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PMBS setelah kedua dua jawatan tersebut tidak dicabar.
Bagi sembilan Ahli jawatankuasa Pusat yang dipilih masing masing dimenangi oleh Ahmad Yakub,Mohd Faisal Datuk Pg Ag Sahak,Hj Liman Yusof, Haji Latif Osman,Zaidi Omar,Nismah Kanak,Ahmad Haji Mahmud,Hj Saat Ag Damit dan Hj Ag Damit Pg Abd Razak
![]() |
| Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir menang tanpa tanding bagi jawatan Timbalan Presiden PMBS |
Terdahulu berucap di majlis tersebut Arifin berkata kecermalangan sesebuah persatuan, termasuk PMBS bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya anggota persatuan itu.
Arifin ketika berucap di majlis tersebut.
Sehubungan itu beliau optimis ahli persatuan boleh memanfaatkan segala kemahiran dan pengalaman luas untuk membantu kerajaan membangunkan negeri dan menjayakan pelbagai dasar dan agenda pembangunan.
" Kita amat menghargai dan mengalu-alukan bekas bekas Pemimpin PMBS sebelum ini termasuk golongan propesional dari masyarakat Brunei yang bersama-sama kita dalam persatuan ini,bukan sahaja sebagai agen penggerak PMBS tapi sebagai badan pemikir yang akan menentukan hala tuju persatuan dalam mendepani cabaran pada masa akan datang" katanya.
Menurut Arifin melalui badan pemikir ini ,PMBS
telah mencetuskan beberapa idea dan disampaikan kepada kerajaan antaranya dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Katanya melalui badan pemikir PMBS telah mencetuskan idea untuk mertabatkan pendidikan agama di unversiti khususnya Unversiti Malaysia Sabah (UMS) sudah wujud fakulti atau rogram penderasan pengajian Islam yang telah dimulakan dua tahun lalu.
Selain itu katanya PMBS turut mencadangkan kepada kerajaan untuk mengwujudkan sebuah perpustakaan Islam yang akhirnya telah telah menjadi kenyataan dimana bangunan tersebut telah pun siap dilaksanakan berdekatan dengan masjid negeri yang bakal menjadi perpustakaan rujukan para ilmuan di nusantara ini.
" Dalam pembangunan ekonomi PMBS juga melalui badan pemikir persatuan turut mencetuskan idea yang dibawa dalam persidangan DUN untuk memertabatkan keusahawanan dan cadangan ini diterima dan akhirnya sebuah bazar Madinah yang menjadi pusat kepada para usahawan menjalankan aktiviti perniagaan telah di dirikan berhampiran masjid negeri " tambah Arifin.
Tambah Arifin sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan, beliau mengajak anggota persatuan agar dapat membulatkan tekad, komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan demi pembangunan untuk manfaat rakyat pada keseluruhannya.
“Saya ingin menyarankan agar lebih ramai masyarakat Brunei di negeri ini termasuk golongan propesional turut serta menjadi ahli persatuan kerana melalui persatuan ini, kita dapat berjumpa serta berinteraksi antara satu sama lain, sambil mengeratkan lagi semangat persahabatan dan persaudaraan sesama ahli, seterusnya merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk kepentingan persatuan,” katanya.









0 ulasan:
Catat Ulasan