Isnin, 10 Februari 2020

Ziarah cakna kukuh hubungan sekolah, ibubapa dan pelajar

Jamawi bersama Pengetua Cemerlang SMK Kemabong  Lian Fee Choo dan penolong penolong kanan SMK Kemabong  ketika melancarkan program tersebut.

KEMABONG
: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata,program Ziarah Cakna mampu mengwujudkan  konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, penjaga dan pelajar.


Katanya,program Ziarah Cakna  menjadi pentas bagi guru dan ibu bapa berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan pelajar, memahami latar belakang keluarga mereka dan berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.

" Program ini amat baik bagi mengwujudkan rasa kebertanggungjawaban bersama antara pihak sekolah ,guru dan ibubapa pelajar dalam memperkasakan mutu dan pencapaian pembelajaran  para pelajar" katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Ziarah  Cakna 2020 di dewan SMK Kemabong dekat sini kemarin.

Hadir sama Pengetua Cemerlang SMK Kemabong Lian Fee Choo dan penolong penolong kanan SMK Kemabong .
Jamawi berswafoto bersama sebahagian dari pelajar pelajar SMK Kemabong.

Menurut Jamawi program ini perlu diperluaskan bukan sahaja menziarahi
rumah pelajar bermasalah tetapi  pelajar yang cermerlang sebagai rasa berterima kasih dan menghormati ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang termasuk mendapat pengiktirafan dalam bidang ko-kurikulum.

" Saya akan bersama sama warga SMK Kemabong  dalam program ziarah ke rumah rumah keluarga pelajar yang di kenal pasti, Mudah mudahan pencapaian pendidikan di Kemabong akan terus meningkat pada masa masa akan datang" katanya.

Beliau berkata, program berkenaan akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan pelajar di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada mereka.

“Maklumat seperti ini amat penting dihayati dalam membina asas bagi meningkatkan pembangunan diri, sahsiah dan kecemerlangan pelajar bukan sahaja kepada pihak sekolah tapi termasuk pemimpin masyarakat tempatan " katanya.

Dalam pada itu Jamawi yang juga pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata ,beliau akan berusaha membawa Dr Zainab Kasim Pakar Perubatan di Kings College Hospital UK dan pasukan nya untuk program Motivasi pelajar yang dijangka akan diadakan pada 18 Febuari ini di Kemabong 




0 ulasan:

Catat Ulasan