![]() |
| Isnin ketika meneliti keputusan STPM Salah seorang pelajar semasa majlis tersebut |
BEAUFORT: Kejayaan dan kecemerlangan individu dalam pelbagai bidang salah satu puncanya adalah usaha serta kegigihan seorang guru dalam memberikan didikan.
Wakil Rakyat Klias, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata seorang guru tidak akan meminta untuk dikenang atau usaha yang mereka lakukan diberi balasan.
“Bagi guru cukup dengan sekadar ucapan terima kasih,” katanya pada majlis penyampaian keputusan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 2.
Menurutnya guru hanya mahukan anak didiknya mencapai kejayaan dalam pelajaran dan berjaya menjadi individu yang berjaya dalam bidang yang diceburi.
Katanya usaha yang dilakukan oleh seorang guru tidak terhalang dengan lokasi dan serta kemudahan yang diperolehinya ketika memberikan didikan.
“Sama ada mengajar di luar bandar dan serba kekurangan, guru akan sentiasa berusaha memberikan didikan yang terbaik untuk anak didiknya.
“Secara peribadi saya amat menghargai usaha yang dilakukan oleh seorang guru meskipun saya tahu mereka (guru) tidak pernah memintanya,” katanya lagi.
Isnin juga memberitahu guru juga berhadapan dengan pelbagai tekanan “tetapi tekanan itu tidak mematahkan semangat mereka untuk memberikan didikan.
Memang benar, katanya, doa daripada ibu bapa juga amat penting tetapi usaha yang dilakukan oleh guru sukar untuk sekali untuk dinilai.
“Tidak kira di mana anda (guru) berada teruskanlah memberikan didikan yang terbaik…saya ucapkan tahniah dan selaksa terima kasih atas didikan yang diberikan itu.”
Selain mengucapkan tahniah kepada guru SMK Kota Klias yang mencatatkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM, Isnin juga mengucapkan tahniah kepada semua guru.







0 ulasan:
Catat Ulasan