Selasa, 31 Disember 2019

BN UMUM MOHAMAD ALAMIN SEBAGAI CALON PRK KIMANIS



Bung (tengah) bersama kepimpinan UMNO Sabah mengangkat tangan Mohamad selepas pengumuman calon tersebut

KIMANIS  Ketua UMNO Bahagian Kimanis Datuk Mohammad Haji Alamin  47 dinamakan sebagai calon  untuk  bertanding merebut kerusi Parlimen Kimanis setelah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu 18  Januari ini.


Nama beliau diumumkan Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang juga pengarah gerakan BN PRK Kimanis Dato' Sri Bung Moktar Radin  di Bilik Gerakan BN/ UMNO Pejabat Perhubungan Umno bahagian di sini hari ini(Rabu), di hadapan kira-kira lebih 400 penyokong parti itu.


Ketua UMNO bahagian Kimanis Datuk Mohamad Alamin dipilih sebagai calon PRK Kimanis.

Bung  berkata pemilihan Mohammad  sebagai calon adalah keputusan sebulat suara kepimpinan BN/UMNO Sabah selaras dengan kuasa Autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah.

"Setelah semua faktor daripada pelbagai sudut diambil kira melalui perbincangan dan mesyuarat akhir kepimpinan BN/BN ..kami pilih beliau sebagai calon bagi mengalas tanggungjawab dalam PRK kali ini ," katanya ketika majlis pengumuman calon BN itu.


Biodata calon BN PRK Kimanis

Pengumuman itu menamatkan spekulasi yang berligar di kedai kedai kopi dan media maya sebelum ini.

Mohamad  yang berkelulusan dalam bidang perundangan dari Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia lahir di kampung Kelatuan Batu Enam Kimanis ,pernah menjadi Adun Bongawan selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), namun gagal mempertahankannya apabila tewas di tangan calon WARISAN, Dr Daud Yusof pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu.

Sebelum menjawat Ketua UMNO bahagian Kimanis Mohamad pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda dan  Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis.


Bung menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media selepas pengumuman tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman tersebut Bung berkata keputusan tersebut adalah keputusan bersama UMNO Sabah yang telah diberikan autonomi memilih calon.

" Kita telah melakukan kajian sebanyak empat kali dan rumusan pemilihan calon seperti yang diumumkan hari ini  calon diketengahkan adalah calon  yang boleh diterima oleh rakyat selain kesetiaan beliau dalam perjuangan bersama BN/UMNO" jelas Bung.

Sehubungan dengan itu Bung mengingatkan pemimpin dan ahli parti terus merapatkan hubungan dan kerjasama bagi mempastikan calon BN memenangi PRK kali ini.

" Jangan lihat kepada individu calon tapi kita berjuang atas nama parti dimana semua pemimpin dan ahli perlu ada jatidiri dan prinsip perjuangan yang kental" katanya.

Diminta peluang BN memenangi PRK kali ini Bung berkata kesemua 19 PDM telah digerakkan dan momentum ahli ahli parti begitu tinggi untuk bekerja dan berjuang bagi mempastikan kemenangan calon BN.

" Saya bangga dengan semangat ahli dan jentera parti ,kita akan pertingkatkan lagi gerakan mendekati pengundi di peringkat akar umbi dengan menjelaskan isu isu semasa yang menghantui kehidupan rakyat ketika ini" tambah Bung.

PRK Kimanis  akan diadakan pada 18  Januri ini, manakala tarikh penamaan calon pada 4 Januari di dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort   dan pengundian awal pada 14 Januari .


0 ulasan:

Catat Ulasan