Jumaat, 27 Disember 2019

BUNG NAFI BN/UMNO DESAK ANIFAH JADI CALON DI PRK KIMANIS

.
Bung bersama Tajuddin ketika memberikan taklimat kepada petugas petugas markas PDM semasa perjumpaan tersebut .
KIMANIS. Ketua UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata UMNO Sabah sebelum ini telah mencadangkan kepada Presiden UMNO Datuk Sari Dr.Ahmad Zahid Hamidi agar bekas Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman ditandingkan semula dalam PRK Kimanis jika beliau bersetuju bertanding atas tiket Barisan Nasional .

Bung berkata sebelum itu beliau telah berbincang bersama  Anifah mengenai perkara ini, bagaimanapun beliau menolak dengan alasan hanya menumpukan perhatian kepada PRU Ke 15 akan datang.

" Tidak timbul isu Zahid  memujuk dan memaksa  Anifah untuk bertanding semula di Kimanis kerana perbincangan telah kami  lakukan sebelum ini bersama beliau,cuma beliau enggan kerana menumpukan perhatian untuk menghadapi PRU ke 15 " katanya 

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Biro Penerangan Multimedia dan Pendidikan parti Warisan  Sabah Datuk Dr.Yusuf Yakub yang menyebut BN/UMNO menghadapi kemelut dalaman dan turut mendedahkan kelemahan parti dalam status yang dimuat naik di media sosial.

Bung bersama jentera BN di PDM Simpangan Kimanis.

Sebelum itu Bung turut mengadakan perjumpaan bersama petugas petugas markas BN di pejabat perhubungan UMNO bahagian Kimanis dekat sini pada Jumaat yang turut dihadiri oleh Ahli Majlis tertinggi UMNO Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman,Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan dan Ketua Ketua bahagian yang menjadi bapa angkat di 19 PDM Parlimen Kimanis.

Mengulas lanjut Bung berkata ianya  hanya cadangan UMNO Sabah kepada Presiden tanpa menjejaskan kuasa autonomi UMNO Sabah.

" Tiada isu pucuk pimpinan UMNO Pusat tidak mempercayai UMNO Sabah sebagai presiden parti kami menghormati institusi presiden dengan bermasyuarah dan apapun keputusanya akan ditentukan oleh UMNO Sabah sendiri" jelas Bung.

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan masih ramai pemimpin UMNO Sabah terutamanya di bahagian  Kimanis untuk diketengahkan menjadi calon ,cuma kita membuat tawaran kepada Anifah sekiranya beliau bersetuju bertanding semula atas tiket BN kerana kami faham beliau masih mempunyai penyokong yang ramai di kawasan itu 

" Anifah sudah membuat keputusan menolak tawaran ini,kami kena hormatinya namun apa yang membanggakan kami beliau terus menyokong perjuangan kami mempertahankan kerusi BN di Kimanis bagi memenuhi aspirasi rakyat dalam mempertahankan hak hak mereka" katanya.

Bung bersalaman dengan petugas sebaik tiba di PDM Simpangan Kimanis 

Menurut Bung lagi UMNO Sabah sebelum ini membuat tawaran kepada Anifah kerana melihat beliau konsisten dalam memperjuangkan hak hak negeri ini dan ianya selari dengan dasar UMNO Sabah yang meletakkan hak hak negeri seperti  yang termaktub dalam MA63 sebagai agenda utamanya dan UMNO Sabah  tidak akan berganjak selagi hak-hak rakyat Sabah  tidak di kembalikan. 

" Anifah sudah membuat keputusan menolak tawaran ini,kami kena menghormatinya namun apa yang membanggakan kami beliau terus menyokong perjuangan kami mempertahankan kerusi BN di Kimanis bagi memenuhi aspirasi rakyat dalam mempertahankan hak hak mereka" katanya.

" Kenyataan Dr Yusuf bersifat dengkal hanya cuba mengelirukan rakyat khususnya penyokong penyokong BN di Parlimen Kimanis ,saya harap rakyat tidak mudah dikelirukan dengan kenyataan seperti ini" katanya 

Sebelum itu Bung bersama jawatankuasa UMNO Sabah turut melakukan lawatan ke beberapa buah PDM di kawasan Parlimen Kimanis dan berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan mereka menghadapi PRK kali ini.


0 ulasan:

Catat Ulasan