![]() |
| Sebahagian bekas pelajar Sk Garama merakamkan gambar kenangan bersama guru guru yang pernah mengajar di SK.Garama Beaufort. |
BEAUFORT - Lebih 40 tahun tidak bertemu setelah tamat persekolahan peringkat rendah membuatkan bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Garama yang bersekolah sekitar tahun 1960an dan 1970an hampir kurang mengenali antara satu sama lain.
Bermula dengan pengwujudan Grop whatsApp hasrat untuk mempertemukan pelajar sekitar tahun tersebut berjaya direalisasikan pada malam Isnin (15 Disember 2019) apabila lebih dari 100 orang pelajar dan keluarga bersama bekas guru guru yang pernah mengajar di sekolah ini berjayakan dipertemukan dalam majlis perjumpaan bekas pelajar( reunion) Sk Garama era tahun 1960an dan 1970an
yang diadakan di dewan terbuka sekolah tersebut.
![]() |
| Pengerusi penganjur perjumpaan Basalih Talip menyampaikan cendera kenangan kepada bekas Guru Besar Pertama Sk.Garama Haji Murad Haji Wali |
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa orang guru yang pernah mengajar disekolah tersebut antaranya cikgu Abdul Murad Haji Wali Guru Besar yang pertama bertugas di sekolah tersebut,Abd Ghani Matasim,Haji Moktar Shari, Haji Saudi Suhaili dan Haji Abdul Rahman Hj. Adnan
![]() |
| Perlawanan bola sepak persahabatan antara bekas pelajar Sk Garama Era tahun 60an dan 70 an turut diadakan. |
Pengerusi Jawatankuasa penganjur , Basalih Talip berkata, usia masing-masing yang mencecah lebih 55 tahun membuatkan bekas murid kurang mengenali berikutan rupa dan perwatakan yang bertukar.
![]() |
| Sebahagian dari bekas pelajar SK Garama yang turut hadir ke majlis tersebut. |
Menurutnya, pertemuan pertama selepas tamat darjah enam itu membuatkan kesemua bekas murid yang dapat hadir teruja untuk mendengar kisah satu sama lain disamping berjaya mengeratkan hubungan silatulrahim
“Alhamdulillah, selepas habis sekolah rendah, ada yang berpisah ikut haluan masing-masing kami jarang bertemu, majlis ini amat bermakna untuk kami majlin semua silatulrahim ,selain menghargai jasa guru sama ada yang masih ada mahupun mereka yang telah mendahului kami" katanya.
![]() |
| Kesempatan bagi bekas pelajar SK Garama berbual mesra sambil menjemu selera. |
Sementara itu berucap bagi mewakili bekas pelajar sekolah tersebut Jaafar Abd Wahid berkata usaha serta kesungguhan beberapa rakan rakan mengesan bekas pelajar hanya melalui grop WhatsApp berkesan dan ianya mendapat maklum balas yang positif dari bekas bekas pelajar untuk mengadakan perjumpaan tersebut meskipun mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk hadir dan menjayakan majlis itu.
![]() |
| Tahlil untuk bekas bekas pelajar dan guru guru Sk Garama yang telah kembali ke rahmatullah. |
Menurutnya, pertemuan tersebut berjaya menghimpunkan sebahagian bekas murid termasuk yang tinggal jauh di luar daerah.
" Saya berharap pertemuan ini tidak akan berakhir di sini malah saya menyarankan agar selepas ini satu jawatankuasa penaja persatuan bekas pelajar Sk Garama dapat dibentuk bagi membolehkan persatuan ini boleh merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk masyarakat setempat khususnya bersama menjana kemajuan pendidikan di sekolah ini" katanya.
Jaafar menambah dengan adanya persatuan tersebut pelbagai kemudahan boleh dilaksanakan khususnya program program pendidikan dan kebajikan dengan sokongan dari pelbagai agensi kerajaan
Pertemuan turut diisi dengan majlis tahlil, perlawanan bola sepak persahabatan antara pelajar era 60an dan 70an,klinik bola sepak untuk kanak kanak,gotong royong ,penyampaian cendra kenangan sebagai penghargaan kepada bekas bekas guru yang pernah mengajar di sekolah tersebut, cabutan tiket bertuah yang berkonsepkan pertukaran hadiah kepada bekas pelajar dan persembahan karaoke .












0 ulasan:
Catat Ulasan